Pembaca Blog Setia

Wednesday, 12 June 2013

MY LITTLE PRINCESS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
Di sebalik keresahan sebab drama sedih pagi tadi, ada berita gembira yang mama hakim terima. Alhamdulillah Ya Allah. Adik Intan Nur Maisarah dah ditukarkan ke wad biasa.
 
Kuasa Allah tak siapa tahu. Minggu lepas adik di tolak masuk bilik bedah, mama hakim ada bersama ibu masa tu. Macam-macam perasaan yang ada sambil tak putus-putus berdoa agar segalanya berjalan lancar. Jangkaan doktor adik akan duk dalam wad ICU selama sebulan atau lebih ternyata meleset sangat. Hari ni mama hakim dapat tau adik dah duk wad biasa dah. Syukur Ya Allah. Ibu kata adik nampak sihat je. Senang hati mama hakim dengar.
 
 
  
 
 
 
Mama hakim penah cerita pasal pertemuan dengan ibu, blogger Dunia Ina Haireina ni masa kat Hospital Kajang. Masa tu adik demam dan ditahan wad. Tapi sekarang insya Allah adik akan bertambah sihat. Mama hakim bersyukur sangat dipertemukan dengan ibu yang kuat semangat mental dan fizikal dan bertuah sebab diberi peluang menyayangi dan menjadi sebahagian dari hidup adik. Mama tunggu adik keluar hospital pulak ye..!
 
*ini adalah summary dari karangan panjang lebar 300 patah perkataan tapi tak save..huwaa!!!
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 komen:

Zee Suhaini said...

sayu bila tengok baby ngan wayar ni..sakit yang tak tertanggung rasanya..

moga adik maisarah cepat sembuh dan membesar dengan chat..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Syafakillah adik... semoga ibu terus tabah dengan ujian ini :D

aizamia3 said...

moga adik Maisarah cepat sembuh dan cepat sihat hendakNYA..

Ratu Hatiku said...

Ikut juga kisah Adik nie..Semoga sihat hendaknya..Amin

Kesuma Angsana said...

sweet sgt !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger