Pembaca Blog Setia

Sunday, 4 May 2014

Kisah Sentap Di Master Celebration Master Wan Fatihanum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kenangan indah dan sentap masa Master Celebration (MasCel) yang berlangsung kat Pullman 2 minggu yang lepas, memang takkan mama hakim lupakan. Majlis nyer memang meriah sangat, penuh dengan motivasi dan inspirasi. Tapi mama hakim cuma sempat memeriahkan majlis sebelah pagi, yang petang tu anak terchenta dah pancit..hihi.


WAN FATIHANUM


Inilah ‘pengantin’ yang dirai. Comel kecik molek je Master Wan Fatihanum ni. Daripada kisah yang diceritakan, semuanya bermula dengan set breastfeeding Shaklee dan akhirnya menjana 5 angka menuju 6 angka bersama Shaklee. Korang nak tahu ke apa yang membuatkan mama comel ni berani mengorak langkah menumpukan masa dengan bisnes Shaklee? Agak-agak korang la kan apa push factor Master Anum ni untuk berjaya sehebat macam ni? Awalnya dia bertekad nak berbisnes disebabkan dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak.


WAN FATIHANUM


Meh mama hakim kongsikan sebuah kisah yang diceritakan sendiri oleh Master Anum pada MasCel ari tu. Kisah ‘Stoking Putih’ yang boleh membuatkan mak mak terasa sangat tau..

“Suatu hari, seperti biasa balik dari kerja Master Anum terus memasak dan mengemas. Anak sulungnya mendekati sambil menunjukkan sesuatu tapi dia menolak untuk tengok dan memberitahu si anak bahawa dia akan melihatnya malam nanti. Si anak pun berlalu tanpa kata apa-apa. Setelah selesai semua urusan menjelang tengah malam, baru Master Anum teringat tentang apa yang dikatakan oleh anaknya. Apabila dia tengok apa yang ditunjuk oleh anaknya, dia terus tersentak. Cikgu meminta anaknya membawa sepasang stoking putih yang baru esok. Kalaulah dia melihat lebih awal, kan lebih mudah untuk mencarinya. Bila dah tengah malam, kat mana pulak nak dapatkan? Kalaulah dia ada lebih masa untuk diluangkan bersama anak-anak, pasti perkara macam ni tak berlaku.”

Ada satu perkara yang membuatkan mama hakim sentap sangat, sampai tak malu merabak air mata secara tiba-tiba. Ketika acara potong kek dan semua masters yang hadir dijemput ke atas pentas, Hakim dengan tiba-tiba tarik tangan mama hakim dan jalan menuju ke pentas. Bila mama hakim tahan dia, terus dia cakap ‘Hakim nak potong kek jugak, nak naik atas’. Allahuakbar, masa tu ati touching sangat tak tau nak kata apa. Mama awak ni belum naik rank Master lagi anakku, tapi disebabkan sentapan tu, mama akan usaha lebih kuat agar awak dapat teman mama naik pentas pulak lepas ni.**nanges
Gamba kat bawah bersama seorang anak CoP sisters yang sangat ramah. 




Selain daripada mengutip ilmu, semangat, motivasi dan inspirasi dari pengantin of the day, mama hakim juga dapat berkumpul mengeratkan silaturrahim dengan family Shaklee yang lain. Part ni memang sangat best. Kami mungkin orang asing pada mulanya, tak pernah mengenali satu sama lain dan berbeza latar belakang tetapi ikatan yang terjalin di Facebook dan Whatsapp membuatkan hati kami sangat dekat, My dear CoP Sisters. Meluangkan masa dengan mereka memang tak rasa masa berlalu dengan pantas. Kami berkongsi masalah, info Shaklee, strategi marketing, berbincang dan sesekali bertengkar..hihihi. Dah namanyer adik beradik kan. I LOVE COP SISTERS.

Enjoy beberapa keeping gambar yang sempat dirakam. Ade ramai lagi yang tak sempat bergambar bersama. Ada juga yang duduk di sebelah utara Malaysia. Walaupun jarak menjadi penghalang, tapi hubungan kami tetap akrab. Insya Allah saling berkongsi dan memberi sokongan agar kami sama-sama dapat majukan diri dalam bisnes dan kehidupan dunia akhirat.











Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger