Pembaca Blog Setia

Wednesday, 28 May 2014

Syukur Bila Nampak Perubahan Yang Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Salam hari Rabu dan selamat bercuti sekolah semua. Mama hakim memang duk umah, jadi tak terasa perbezaannya. Lagipun Azizul Hakim masih di rumah, masih perlu dipantau.


image


Alhamdulillah..si chentahati nan seorang ni dah bertambah baik. Selera makan pun dah kembali macam biasa (actually sejak balik dari hospital dah ok dah..hihi). Cuma ada tambahan dalam menu, iaitu 'telur acik mak' (telur nasi lemak) merujuk kepada telur rebus..kikikii.. Nak makan nasi goreng pun kena ada telur acik mak nih!

image


Hari isnin lepas, mama hakim bawak gi klinik untuk ambil ubat cairkan kahak. Pelik jugak hospital tak bagi sebarang ubat sedangkan Hakim masih batuk dan selsema. Masa di klinik, lagi sekali doktor suh amik neb dulu. Si chentahati macam biasa, rileks je siap suh mama amik gamba..! Cubaan posing nak kenyit sebelah mata kunun..hihihi.

image


Nampak sangat dah si anak rindukan taska dia. Abis semua nama kawan-kawan dia sebut.. kesian mama hakim tengok dia. Tapi nak buat cane, dia masih batuk dan on medication. Dan risau gak dia bermain dengan gembira sangat sampai tak hengat dunia. Ye la dia bukan tau pun yang dia ada masalah pernafasan kan..


Ya Allah..lindungilah Azizul Hakim. Semoga dia membesar sihat sempurna.

image

Aktiviti bersama bila berdua je kat umah. Mama hakim layankan aje bila dia selongkar semua buku dan pensel warna.

Kita tunggu minggu depan ye anak, bila awak dah betul-betul sembuh dari batuk bole la awak ke taska semula.

Terima kasih atas doa semua ye..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

Unknown said...

Moga anakanda makin sembuh.. Amiin ya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger