Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Ok mood kenduri kawen suda
mari..hihihi. Ini cerita sebelah keluarga besar mama hakim tau. Kenduri sebelah
lelaki minggu ni, 25 Mei 2014. Gambar memang banyak, jadi korang cuci la mata
bersih-bersih ye.
Tepek gambar tuan rumah dulu. Bonda & Ayah tiri kami
Adik mama menikah hari sabtu pagi,
17 Mei 2014 kat Masjid Nurul Ehsan Taman Medan kul 10 pagi. Mama hakim tak
join, sebab takleh masuk masjid. Jadi gambar adalah ihsan dari si kembar, adik
pengantin yang dipost dalam group Whatsapp.
Lepas tu ada makan-makan dan
persediaan untuk bersanding di malam berinai. Masa ni kan mama hakim takde
(uhuk! Jangan pecah rahsia tau) tapi op kos la malam ni kami menghadirkan diri.
Baju pengantin kaler purple, ahli keluarga lain ikut suka je. Majlis tahlil
bermula selepas isyak, lepas tu makan makan dan makan sehingga lewat tengah
malam..hihi.
Dan pada hari kejadian, bermula
dengan nyanyian marhaban oleh kumpulan marhaban kawan-kawan bonda. Sedap woo
suara acik-acik ni mendayu-dayu berzikir dan berselawat.
Selepas habis bermarhaban, dah menjelang tengahari pun. Maka acara makan-makan pun bermula. Ramai yang datang tapi silih berganti. Takde la sekali serbu je kan..hehhee. Tugas mama hakim time ni adalah pegang beg 'mbecek' ataupun salam kaut atapun angpau yang diberi oleh tetamu yang datang. Terima kasih sangat-sangat tau..baik hati betul diorang ni semua. Senang tak keja mama hakim? kih kihhh.. susah tau! Penat berdiri seharian di samping menjaga amanah dari bonda. Dah dah meh layan gamba pulak.
Kul 12.30 tengahari kompang pun berbunyi dan pengantin di arak ke pelamin. Comey tak? Ada yang kata muka adik yang ni macam mama hakim. Tapi bagi kitorang adik beradik sume kata lain je takde yang sama pun..hihihi. Baru nak feeling jadi perantin tau!
Lepas tu korang layan la gambar kami adik beradik ye. Masa nak amik gamba keluarga, macam nak roboh pelamin penuh ngan kitorang je. Bayangkan lah, adik beradik je 11 orang campur ipar duai dan anak cucu lagi? Fuhh menjejes peluh photographer tu nak susun kitorang tau.
Mama hakim dan si kembar
Mama hakim ngan akak ipar (maklang)
Gambar family dari IG sikembar
Suasana memang sangat meriah sebab
kami adik beradik je dah cukup ramai..hihihi. Cuaca pun ok je tak panas tapi
takde la hujan lebat, sekadar renyai-renyai menyejukkan je. Gambar family tu tak cukup orang tau. Maklong, adik nombor 7 dan nombor 8 tak masuk. Almaklum dah masing-masing sibuk, tak sempat nak panggil semua.
Insya Allah, kalau takde apa-apa aral ahad ni kami ke keluarga belah lelaki pulak. Tak jauh pun, sebelah taman je. Yang tu nanti cerita lain ye. Banyak lagi gambar lain, nanti mama hakim nak abadikan kat sini sikit-sikit. Ini pun jenuh pilih gambar dalam henpon sendiri tau! Tunggu dari kamera dan henpon yang lain pulak.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
2 komen:
wah memang satu keluarga yang besar ni...
Kalau keluarga besa rbuat kenduri mmg meriah kan Mama Hakim. Kalo time raya pun sama. Takperlu jemput org kampung dah, family sendiri dah cukup utk buat gotong royong kerja kenduri.
Betul la adik mama hakim macam mama hakim skit.
Post a Comment