Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Agak-agak korang la kan, di sebalik
kehidupan orang-orang yang berjaya macam Richard Branson (founder of Virgin
Atlantic) dan Micheal Kerr (president of Humor At Work) macam mana diorang
menghabiskan masa ketika waktu makan tengahari? Adakah dengan makan sambil
mengadap komputer, atau sesi memerah idea, ataupun menggunakan masa terluang
sejam itu untuk meluaskan rangkaian bisnes? Mama hakim nak senaraikan 10
perkara yang dilakukan oleh super
successful people sewaktu makan tengahari.
TINGGALKAN
MEJA KERJA
Bak kata Micheal Kerr, tak bagus
untuk duduk di meja kerja sewaktu rehat. Duduk yang terlalu lama juga akan
membahayakan kesihatan. Sekurang-kurangnya makan atau berehat saja di pantry.
KELUAR
BERJALAN
Kalau rasa perut masih kenyang,
keluarlah dari pejabat dan berjalan-jalan di taman. Hasil penyelidikan dari
University of Michigan mengatakan bahawa pendedahan kepada alam sekitar boleh
meningkatkan memori dan fokus.
BERSENAM
Sangat sesuai bagi pejabat yang
mempunyai mini gymnasium. Steve Cooper, editor-in-chief untuk Hitched Magazine
berkata, dia bersenam ketika waktu rehat tengahari. Ianya merangsang hormon
endorphin yang akan meningkatkan tenaga untuk menyambung kerja sehingga ke
petang.
MEMBACA
BUKU
Tor Myhren, eksekutif periklanan di
E-Trade mengatakan dapatkan seberapa banyak informasi yang boleh untuk
merangsang otak. Waktu makan tengahari mungkin saja waktu yang sesuai untuk
kreativiti kita berkembang. Baca buku ye bukan baca artikel di komputer!
MAKANAN
SIHAT
Pekerja yang mengamalkan pemakanan
sihat dan seimbang adalah 25% lebih menyerlah dalam kerjaya masing-masing
berbanding dengan mereka yang tidak. (mengikut Business News Daily)
TIDAK
MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Mereka yang terlebih makan ketika
waktu tengahari merangsang lebih insulin, menyebabkan paras gula menjadi rendah
dan membuatkan badan terasa letih. Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘food coma’ yang mana agak sukar untuk
kembali bekerja selepas waktu rehat.
MAKAN
BERSAMA RAKAN SEPEJABAT
Waktu makan tengahari adalah waktu
terbaik untuk membina hubungan dengan yang lain, kata Anita Attrigde (career
coach). Malah kata Bradford Shellhammer (co-founder of Fab.com) makan tengahari
adalah waktu bersosial dan dia tidak pernah makan bersendirian.
MAKAN
BERSAMA RIVAL ATAU MUSUH!
Richard Branson menghabiskan waktu
makan tengaharinya bersama Sir Colin Marshal (British Airways) selepas selesai
kes mahkamah yang menentang sesama sendiri. Mereka menikmati makan tengahari
bersama dan melupakan segala masalah yang berlaku.
MENDENGAR
MUZIK
Mendengar muzik yang digemari
pastinya boleh mengalihkan perhatian seketika terhadap kerja. Maka, ia dapat
melegakan ketegangan otot dan stress.
TIDUR
SEKETIKA
Di Huffington Post, Arriana
Huffingtoan menyediakan nap room
untuk para pekerjanya. Kata Arriana, ketika bekerja apa yang paling penting
adalah sentiasa rasa bertenaga. Ia bukannya sekadar berapa lama kita
menghabiskan masa di meja kerja okey..!
Memang banyak yang boleh kita duplicate agar kita boleh meningkatkan
prestasi dalam kerjaya. Bila kita dalam keadaan yang lebih tenang dan
bertenaga, dah tentu segala tugasan boleh diselesaikan dengan lebih efisyen.
Ingat ye, waktu makan tengahari bukanlah waktu yang sesuai untuk menyiapkan
kerja dengan lebih cepat. Bangun dari kerusi, keluar berjalan, atau yang paling
mudah pasang saja earphone dan
dengarlah muzik kesukaan korang..!
Sampai jumpa lagi..wassalam.