Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Sekali lagi, salam penghulu segala
hari. Jumaat yang mendung, sejuk dan syahdu. Alhamdulillah atas segala nikmatMu
Ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan apa saja perancangan
kawan-kawan blog Towmater hari ni.
Dalam hidup ni, memang mama hakim
tak nafikan kadang-kadang kita akan rasa down dan lemah semangat. Sesekali
syaitan berbisik dalam hati dan membuatkan kita menyoal ketentuan Allah ‘kenapa
aku yang diduga?’ Ishh ishh.. cepat-cepat istighfar tau.
LA YUKALLIFULLAH HU NAFSAN ILLA WUS
‘AHA (Al Baqarah : 286)
“ALLAH tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya”
Sebab tu la kita kena sentiasa
bersangka baik dan fikirkan yang positif walau dalam apa jua keadaan sekali
pun. Cakap macam senang kan? Insya Allah cuba dulu, baru tahu manisnya sebuah
kesabaran. Mama hakim nak kongsikan tips membina semangat dan sentiasa positif.
Semoga bermanafaat buat semua kawan-kawan blog Towmater ni ye.
MINAT DAN SEMANGAT
Minat akan melahirkan semangat.
Bagaimana? Bila kita minat melakukan sesuatu, maka kita akan sentiasa
bersemangat melakukannya. Sebagai contoh, kita memang minat membaca, jadi asal
MPH atau POPULAR buat sale je mesti kita bersemangat pegi nak cari buku. Dengan
minat, kita akan buat sesuatu tanpa hiraukan apa je yang orang sekeliling
katakan. Jadi, berhenti baca seketika dan fikirkan apakah minat kita, hobi
kita, kesukaan kita.
JATUH CINTA
Kerana cinta, kita sanggup berkorban
apa saja. Atas sebab cintakan anaknya, seorang ibu sanggup mendermakan sebelah
buah pinggang buat si anak. Cintakan alam sekitar, kita sanggup tolong kutip
sampah yang dibuang orang merata-rata. Cintakan pasangan, kita sentiasa
BERSEMANGAT nak bahagiakan mereka.
Tapi awas, jangan cintakan duit tau!
SENTIASA POSITIF
Fikirkan hikmah dan kebaikan setiap
perkara yang berlaku. Kalau kita memohon kerja di satu company yang besar tapi
tak diterima, mungkin juga kerana kerjanya sentiasa banyak dan sibuk. Mungkin
kalau kita diterima bekerja kita menjadi terlalu sibuk hingga melalaikan
keluarga. Perancangan Allah itu lebih sempurna, kan. Buangkan kata-kata negatif dalam diri dan gantikan dengan hanya yang positif. Pandang ke dalam cermin dan katakan
pada imej yang terpantul bahawa dia seorang yang hebat, positif, ceria dan
bahagia.
MELABUR PADA MINAT
Jika kita minat membaca buku, maka
laburkan lah sedikit wang setiap bulan untuk membeli buku-buku motivasi dan
peningkatan diri. Sentiasa upgrade diri dari semasa ke semasa. Cari buku yang
boleh mengasah skill berfikir dan pengurusan masalah. Orang yang berjaya tidak
lari dari masalah tetapi berdepan dengannya dan memikirkan penyelesaian.
BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Lihat sekeliling kita, siapa
kawan-kawan kita. Kawan yang baik umpama minyak wangi, walaupun berjauhan namun
baunya masih kekal. Tinggalkanlah lingkungan negative yang sentiasa menyalahkan
keadaan dan orang lain. Kita layak mendapat yang terbaik kerana kita manusia
hebat ciptaan Allah.
Itu saja la buat masa ni. Mama hakim
menaip sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Bila dizahirkan macam ni lebih
terasa kesannya di dalam hati..hihi. Sekali lagi, semoga perkongsian ini
memberi manafaat kepada semua. Hasil penulisan ini mama hakim olah semula dari
mentor tersayang, Mommy Lyna.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
3 komen:
setuju sis. kebetulan pulak sye tgah rasa down sikit ni.. hmmm, takpe..kembali positif and akan berusaha mjadi lebih baik. tq
yeahhh.. betul sangat tu dear.. bila rasa camtu cepat2 positifkan diri.. kalau layan je perasaan tu memang tak jadi ape.. tq share good info ni tau..
miss u moreeee sayammmm.. :*
mmg setuju sgt ni mama hakim. kalo kita nak jadi positif, kawan2 tu kena positif gak. Tapi kalo kita ada aura yg kuat, kita positif dan dpt tukar kawan2 yg negatif jadi positif.
Post a Comment