Pembaca Blog Setia

Thursday 27 September 2012

JANGAN SAMPAI MAK AYAH YANG AMIK TINDAKAN..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Hari ni mama hakim nak kongsi satu cerita, nak kata lawak memang kelakar pun tapi rasa macam comel pun ada..hihi. Kalau rajin baca la ye. Saje nak kongsi sebab agak terkejut dan teruja bila mama hakim dengar dari kawan ni, tak sangka zaman teknologi serba canggih ni ada lagi yang amalkan cara macam ni.

 

Semalam, ber ‘whatsapp’ ngan seorang kenalan masa belajar dulu, lelaki, umur setahun lebih muda dari mama hakim, dipanggil N. Mama hakim kenal rapat ngan family dia, selalu gak duk nyebok melepak kat umah dia ngan kekawan kelas yang lain especially time ada group assignment. Mak ayah dia sangat mesra, sempoi dan layan kami macam anak sendiri. Lagipun adik beradik N ni sume lelaki so mak dia suka sangat bila ada geng bersembang ngan kekawan pompuan N.

 

Masa raya ari tu, umah N buat open house dan ramai ler kekawan N dari tempat keja yang datang. Mama hakim haruslah datang jugak, dah jadi anak pompuan kesayangan dah..hihi. Terkeluar dari mulut mak N, ‘kawan-kawan lelaki je ker?’. Mama hakim tak perasan la N ni dengar ke tak mak dia cakap camtu. So masa bersembang semalam mama hakim bangkitkan isu tu. Kira dah mengharap benor lah mak N tu nak tengok N kawen. Tetiba N bole jawab, bukan mengharap dah tapi terdesak sampaikan mak N dah carikan dua orang calon untuk N pilih. Mak N pilih sorang cikgu dan sorang lagi cik misi, jururawat kalau bahasa panjang nyer J bagus kan..?

 

Mama hakim yang tengah stress keja bole terbahak-bahak sampai di jeling orang sebelah..hahahaha! Marah plak N bila kena gelak! Tapi dia ni jenis tak amik ati, puas dah kena bahan ngan kekawan lain..heheh! Mama hakim tanye dia dah berkenalan ke belum, bape umur nyer dan ok ke tak, dah ready tak nak sara anak orang.. Haa panjang berjela kan mak budak yang menyebok ni bertanye.. N jawab satu je, lum tengok gamba pun! La.. ingat kan dah berkenalan. Yang paling comel sekali mak ayah N berpakat tu bersungguh nak kenalkan diorang. Ayah N siap curik bisnes kad N lagi untuk bagi kat dua orang calon pilihan tu..hihihi. Comel lah Encik M**d N**r ni!! Sebab mama hakim kenal dan selalu sembang ngan mak ayah N, so bila terbayang ayah N diam-diam amik bisnes kad tu memang tak tahan nak gelak golek-golek..!! Sambil taip ni pun sambil menyengih je tau..hihihi!

 

N cakap kalau bole biar lah dia tengok gamba dulu, bukan memilih tapi biarlah sepadan bila bersanding nanti kan.. Mama hakim paham.. Dia ni even luaran nampak brutal, tapi dalam ati ada taman..! Last-last dia suh mama hakim yang carikan calon! Eh! Mama hakim ni memang ler suka nyebok tapi takdela sampai bole jadi telangkai..! Ini urusan umah tangga orang tau..! Bukan main masak-masak macam masa kecik-kecik dulu!
Bila ditanya macamane taste dia, stylista ke hijabista? Yang rambut merah pun ok kate nyer..Haa! mahu sakit jantung mak ngan ayah dapat menantu rambut merah tau..!

 

Mama hakim cakap ngan dia, bincang bebaik ngan mak ayah. Mintak gamba dan nombor henpon dulu. Bole la sms ke berwhatsapp dulu ke, kenal-kenal hati budi. Kalau ada jodoh tak ke mana J Huuiii.. penat dah mulut tahan gelak depan pc ni..

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

1 komen:

IntaNBerliaN said...

hahha.. sian pulak... a'aa kan.. seeloknya kenai lah dulu.. xdalah kekok sgt nanti.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger