Pembaca Blog Setia

Monday 24 September 2012

PELIK..!

Assalamualaikum..

Mungkin tak pelik bagi orang lain tapi sejak jadi mama ni, perasaan sayang dan rindu pada anak sangat lah melimpah ruah..

Terus terang, mama hakim tak sampai hati nak tinggalkan Hakim walaupun sekejap. Kecuali atas sebab mencari rezeki, yang lain tu seboleh nyer mama hakim takkan jadikan alasan untuk berjauhan dengan Hakim. Apetah lagi nak anta Hakim duk jauh-jauh lama-lama. Sebab tu mama hakim pelik bila ada mak ayah yang sanggup buat camtu. Pikir positif, mungkin diorang terpaksa berjauhan, mungkin kesempitan hidup so terpaksa mintak mak ayah/ saudara mara diorang tolong jaga anak. Tapi...

Demi anak yang mama hakim bawak dalam perut selama 9 bulan, mama hakim sanggup buat apa saja. Amanah Allah yang satu ni, seboleh nyer mama hakim dan Incik Joni sedaya upaya membesarkan dan mengajar dia sendiri berpandukan Al Quran dan Sunnah. Mungkin ada yang cakap, ye la kami ni anak sorang. Hakim lah satu-satu nyer.. Nak dapat pun kena tunggu 5 tahun. Jadi, mak ayah yang sangat bertuah di luar sana, yang tak payah tunggu 5 tahun, bukan kah korang semua lagi sangat bertuah sebab lebih ramai yang akan mengaji dan mendoakan korang nanti..?

Anak adalah anugerah, nikmat dan amanah dari Allah subhana wataala. Setiap satu nyer mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Hargai mereka semasa mereka kecil maka mereka akan menghargai kita nanti.

Bak kata Saidina Ali r.a.,
"bermainlah dengan anak ketika 7 tahun pertama, didik mereka pada 7 tahun kedua, dan jadilah kawan mereka ketika 7 tahun berikutnya."

Maafkan mama hakim sebab membebel panjang lebar ni..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.8

3 komen:

Salina Mat Isa said...

Betul tu tk snggup nk brpisah ngan anak lame2..mmg spanjang ms ngn ank..bile org lain bwk dia g kedai kjp pun dh rsa lain mcm je..hehe..oo knape mama hakim kna tggu 5 thun?sbb operate ke?lamanya..

Unknown said...

dear teratak hati,
Allah anugerahkan Hakim pd kami pd ulangtahun perkahwinan yg ke 5 thn :) untuk yg seterus nyer kami hanya berserah pd Dia..

Salina Mat Isa said...

Oo baru pham..nk dpt hakim 5 tahun lepas kawen ye..ingatkn klu nk pregnant lg kna tggu 5 tahun..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger