Pembaca Blog Setia

Tuesday, 18 December 2012

SI DIA DAN 'ALISH'..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Bila si anak dah mula kenal makanan manis, sejuk dan sedapp..hihihi. Sejak 7eleven bukak kedai baru kat tingkat bawah umah pengasuh hakim, maka sejak itu jugak lah mama hakim gigih ‘menabung’ kat 7eleven tersebut..hahahaha. Dah menabung bukan bole korek-korek balik time sesak. Pun takkan dapat dividen tiap tahun dan pulangan beserta interest ketika dah mencapai umur pencen..huu.

 
Ok dah-dah ler merepek wahai mama hakim..! Pening orang membaca nyer..! Tapi mama hakim akan pastikan seminggu sekali je bole dapat reward macam ni. Tu pun kalau cuaca mengizinkan. Kalau time mama hakim amik Hakim dari umah pengasuh tu time ujan, memang takde makna ler nak singgah ‘menabung’ di 7e tersebut. Memang terus dukung masuk kereta je.

 
Ni salah satu hari yang cahaya matahari cantik memancar terang lagi panas, jadi dapat la Hakim menyejukkan tekak dia..hihihi. Oh, seminggu sekali je kan..? Lagi enam hari Hakim tak mintak? Mama hakim tak menabung? Silalah buang idea tu jauh-jauh ye. Hari-hari sebenar masuk 7e dan permintaan yang sama. Cuma mama hakim mengerah seluruh tenaga otak untuk menolak permintaan dia dan bagi benda lain. Contoh nyer roti coklat Gardenia, roti coklat Sweetie, air kotak Milo atau Dutch Lady Kid. *sigh (-_-)



Lepas tu terus makan dalam perjalanan balik ke umah tak seberapa kangkang katak tu, mama hakim tunggu ler sampai dia habis makan. Bila tengok muka yang sangat gumbira tersengih cenggini walaupun comot hilang segala penat lelah setelah bekerja J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

11 komen:

Chic Na said...

suka hakim dpt mkn aiskrim. huhu..

IntaNBerliaN said...

ingat ke ayu masuk seminggu sekali je.. upenya msk hari2.. hihii

saya berkenan betoi tgk lesung pipit hakim ni..!! :-)

LydSunshine said...

:) layankan je. Nasib baik dia okay kalo apa yg dia nak tu digantikan dgn yang lain. Beruntung dpt anak yang behave dan faham bahasa.

Mama Vogue said...

Chic Na,
Sejak dalam perut dah suka aiskrim..! hihi

Mama Vogue said...

Ina,
kalau ujan je dapat mengelak sbb berdukung. Kalau tak mmg kena masuk gak..huu

Lesung pipit? hihi mekasih :)

Mama Vogue said...

Lyd,
faham bahasa mmg Alhamdulillah..
Behave tu tak sgt..hihi. Melasak je kerja nyer..

SumeSakan said...

hahahaha kena pow ye mama...suke betul dia..siap sengeh comot2 gituh...ekekeke

Mama Vogue said...

SumeSakan,
Tanda berpuas ati sgtt..hihi

Kesuma Angsana said...

he he senyum tu yg mahal

etuza said...

ha kan mulut dah kotor tu....tapi rasa sodap kan aiskrim ...

Ratu Hatiku said...

Hehehe...penangan aiskrim sampai comot2 erk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger