Pembaca Blog Setia

Monday, 3 December 2012

TERTENGOK DAN TERFIKIR....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 

Alhamdulillah dah bole bernafas dengan lega..! Bersyukur sebab ade 10 jari, bole menaip laju-laju dan buat kerja laju-laju J

 
Cuti seminggu mama hakim dah pun berakhir dengan cemerlang nyer..hihi. Takde la cemerlang sangat pun… Cuma puas la bergolek berpeluk ngan chenta hati nan seorang ittew..hihi. Mama hakim dua beranak takde pegi mana-mana, cuma berulang alik ke umah mak di PJ dan umah kakak di Bandar Tasik Selatan. Puas la Hakim bermain ngan sepupu dia yang ramai tu.


 
Tapi kan.. Masa kat umah, mama hakim tertengok siaran ulangan ULAR EMAS. Sape ingat drama ni? Cerita pasal Raudhah dan Fauzi lakonan Yatt Hamzah dan Erry Putra. Memang la drama ni ada unsur syirik, seram bila part Lisdawaty memuja ular hitam besar gedabak tu. Kalau dulu mama hakim tengok lebih kurang je, tak layan sangat drama macam ni. Tapi bila tertengok siaran ulangan ni, mama hakim terfokus kat si Raudhah lakonan Yatt Hamzah. Dan tiba-tiba je ada persoalan yang berlegar-legar kat kepala otak nih..

 
Betapa Raudhah ni percaya dan yakin pada suami dia. Betapa Raudhah yang mengandung sentiasa berusaha untuk menjaga diri dan bertawakkal seratus peratus pada Allah s.w.t. Betapa Raudhah ni sentiasa BERSYUKUR dan BERSANGKA BAIK. Yang sangat SABAR dan sentiasa REDHA. Ok mama hakim tau ini cuma drama..

 
Tapi bape ramai isteri-isteri zaman moden skang ni termasuk mama hakim ni yang bole buat gitu? Yang boleh PERCAYA pada suami dan YAKIN pada Allah s.w.t.? Tak kira la perangai suami ni jenis yang macam mana pun, yang rajin tolong buat kerja umah, yang rajin bebel, yang rajin berkira ataupun yang rajin ke masjid. Manusia ni tak sempurna dan Raudhah dah pun menunjukkan yang dia menerima segalanya dan yakin dengan ketentuan Allah s.w.t.


Mama hakim minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry ni. Sebenar nyer ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Ikatan perkahwinan ni bukan setakat di dunia tapi memang berharap sampai ke Jannah bersama si dia. Incik Joni bukan sekadar suami tapi bak kata mat salleh, he is my soulmate and my other half. I wont be complete without him.. Oh! Tetiba tak sabar nak tunggu Incik Joni balik..hihi.



Sambil taip sambil tanya diri sendiri.. How strong is my trust and faith..?
Terima kasih sudi baca sampai abis.. Sayang selalu..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

12 komen:

Marya Yusof said...

As salam mama Hakim yang comel,

Thank you dgn peringatan yang sangat baik ini... Tetiba terasa sayang sgt dgn hubby! chewaah :)))

mrs puex said...

thx for the info..sharing is more caring..

teratak hati said...

Tertengon jgak cerita ulangan ni..tu la susah nk ada org cam tu skrg ni..tp klu sy setakat ni mmg percaya ngan husband tak de nk curiga ke..dan yakin Allah tahu apa yg trbaik tuk kita..

Qhaifa Nur said...

tulah kan..jika berbuat baik pasti balasannya baik juga, sentiasa dilindungi olehNYA...

ieda said...

salam dik
akk ada juga tgk citer nie
dah lama kuar kan ..
hurmm banyak mengajar erti sabar kpd yg bernama isteri ..

IntaNBerliaN said...

sy xtgk plak siaran ulangan ni... yg dulu pun dh lupa camne.. tapi bila baca entry ni, buat sy pun terfikir spt yg ayu cakap tu...

thanks ingatkan saya..

Mama Vogue said...

Marya,
sayang sangattt2 kat hubby..hihi

Mama Vogue said...

mrs puex,
ye share sambil ingatkan diri sendiri :)

Mama Vogue said...

teratak hati,
kan.. yakin Allah tahu apa yg terbaik utk kita :)

Mama Vogue said...

Qhaifa Nur,
buat baik pasti akan dibalas baik. Cuma kdg2 hati ni mudah sgt terpedaya ngan hasutan, tu yg payah tu..

Mama Vogue said...

kak ieda,
banyak kena amik iktibar tu.. :)

Mama Vogue said...

Ina,
seronok bila hasil perkongsian saya ni memberi manafaat buat semua :)
Lepas ni ari2 bgtau hubby yg kita sayang kat dia..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger