Pembaca Blog Setia

Wednesday, 5 December 2012

SI KECIL YANG DAH MEMBESAR..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Putera hati kesayangan mama hakim dah pun berusia 2 tahun 5 bulan J

Memang sangat seronok dan gembira dengan perkembangan dia sekarang. Seronok sangat sebab dah ada komunikasi dua hala. Mama hakim bertanya dan dia akan jawab. Dah takde pening-pening kepala nak tafsir rengekan dia tu pasal apa atau nak apa. Hakim pun dah pandai bagitau apa yang dia nak buat, nak makan ataupun apa yang dia perlukan.

1) 
Mama : Hakim nak makan nasi?
Hakim : Naakkk..(kalau nak) & Taknak!! (laju je kalau takmo)

2)
Hakim : Maa..nak anen..! (sambil buat muka comell)
Mama : Alahai..bila nak stop ni? Malu la awak dah besar (tapi bagi jugak!haha)

 
Bercakap pun dah banyak bebelnya. Bila dalam kereta mama hakim tengah drive, apa je yang dia nampak mesti nak bagitau, mesti nak tanya. Padahal ulang alik jalan yang sama je pun..hihi. Oh Hakim ni ada makcik favorite plak tu, adik mama hakim yang kitorang panggil Nonoy. Abis semua anak buah panggil dia gitu..hihi. Bila mama hakim menuju ke Sunway nak ke umah bonda di PJ, Hakim dah tanye dah ‘Nonoy ke? Nak nonoy ke?’ belum keluar perkataan ‘jumpa’ lagi dari mulut dia..hihi.

 
Pandai berlakon buat-buat sakit plak tu. Bila dia terjatuh atau nak terjatuh, dia terus cakap ‘adui..dui.. duiii..’ sambil buat muka simpati. Selagi mama hakim tak tengok selagi tu la tak abis-abis ‘adui’ nyer. Padahal jatuh terduduk atas kapet je. Dah bole ucap ‘sama-sama’ bila orang cakap ‘terima kasih’ sebab tolong amikkan barang. Biasa nya mama hakim akan suruh dia amikkan remote tibi..hihi.

 
Penah sekali dalam keta mama hakim tengah drive entah pegi mana, Hakim pegang perut sambil cakap ‘ma.. akit wut’ beberapa kali. Terus mama hakim pegang perut dia dan suruh dia duduk (memang suka berdiri je kat sebelah). Walaupun risau tapi ada sedikit lega sebab dia bagitau bila sakit.

 
Kegilaan Hakim skang ni ialah tgk kartun Dora & Diego, Upin & Ipin, Barney & Friends dan yang terbaru Madagascar. Mama hakim memang bagi je dia layan sebab dari situ hakim belajar bercakap dalam satu ayat. Contoh bila Dora cakap ‘Do you see swiper?’ hakim pun akan ulang walaupun tak bunyi sangat ‘swiper’ tu. Lagipun Dora & Diego bercakap sepatah-sepatah, jadi senang Hakim mengikut. Gigih ler mama hakim ke Kedai Speedy mencari cd Dora..hihi. Mujur dalam Empire ni ade J

 
Tapi agak letih bila Hakim bangun kul dua tiga pagi suh bukak Dora..huu. Membuat mama hakim tersengguk di opis. Tapi mama hakim tak bukak pun. Pelan-pelan je cakap ngan dia, sekarang ni waktu tido, esok dah siang bole tengok. Pastu mama hakim sambung tido..! Hahaha..

 
Sekejap je rasa nyer masa berlalu.. baju dan seluar pun dah singkat. Operasi membeli baju baru untuk Hakim (dan mama skali..hihi) akan dibuat minggu depan. Incik Joni balik minggu ni J (senyum lebar-lebar..!) dan macam biasa kami akan pulang ke Gemencheh dulu.. Adoiii..dah tak sabar tunggu kepulangan suami terchenta sebab penat nak jawab soalan Hakim ‘babah mane? Babah?’..hihi. Sian Hakim rindu kat babah dia.. Sian kat mama hakim jugak..Eh!!


p/s: Ntah bila nak betul-betul stop direct breastfeed ni..hhmm.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

10 komen:

izan mama mia said...

dah berapa umur dia..bijak dah mulut dia..

MrS. F!zA said...

salam kenal..woaaa..msuk sini trus teruja tgk cars kt header tu..kalo ank sy darwisy tgk ni kompom tk kasi tutup dh..

bee2312 said...

cepat besar hakim..teman mama borak...

IntaNBerliaN said...

samalah, alisha pun dh pandai2 buat berlakon.. dia buat sakit lah... semedang je sebut aduhh.. lepas tu gelak2.. hehhe

Mama Vogue said...

izan mama mia,
dah 2 tahun 5 bulan :)

Mama Vogue said...

Mrs Fiza,
favorite Hakim gak tu..hihi. Pantang nampak mesti nak :)

Mama Vogue said...

bee2312,
takut tak terlayan nanti..hahaha
Dapat lak mcm mulut mama dia yg heboh ni :)

Mama Vogue said...

Ina,
Alisha jgn buat aunty geram okeh..!
Nnt pipi tembam kena geget..hihi

LydSunshine said...

Seronoknya dapat tengok perkembangan anak sedikit demi sedikit. Perasaan seorang mama tu saya belum rasa lagi cemana.

Yang tak tahan tu kul 2,3 pagi nak tgk citer Dora. Haihh.. mcm2. Comel je.

Part shopping la paling syok tu. Selamat bershopping ye nanti.

Mama Vogue said...

Lyd,
nnt dah lahir otomatik akan ade perasaan tu :)
dan tak comel okeh bila kejut mama kul 2 pagi..hahaha

Jom shopping sekali, kita ke SOGO jom..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger