Pembaca Blog Setia

Tuesday, 4 December 2012

KENAPA SHAKLEE...?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Alahai.. Sebenar nyer mama hakim baru sebulan lebih je mendekatkan diri dengan Shaklee ni. Tujuan asal ialah untuk mencari penawar untuk keletihan dan kepenatan yang melanda diri sendiri sehingga terpaksa abaikan tanggungjawab sebagai isteri dan mama. Bukan sengaja membuka aib sendiri tapi itulah yang terjadi. Seminggu sebelum datang bulan, mama hakim akan sakit-sakit badan flat macam bateri henpon yang tinggal 10% tu je cukup-cukup untuk drive pegi balik keja.

 
Mujur mama hakim ada suami yang sangat memahami.. Alhamdulillah. Incik Joni yang akan amik alih tugas memasak dan menjaga Hakim kalau mama hakim dalam keadaan macam tu. Masa tu hati ni terasa sedih dan pedih sangat sebab tak mampu nak jalankan tanggungjawab. Kesian tengok Incik Joni bertungkus lumus membuat segala nya. Dan kesian tengok Hakim yang tertidur sendirian tanpa mama hakim. Entah berapa kali mama hakim pitam bila kepeningan melanda, especially malam. Macam tenaga tu dah abis sangat dah. Kadang-kadang tengah makan pun bole nak pitam. Alhamdulillah sekali lagi Allah bagi mama hakim suami yang sangat memahami.

 
Mula-mula mama hakim dengar pasal Shaklee, macam dengar salesman jual barang time kita tengah makan kat kedai/restoran. Sekali lalu je malas nak amik tau sangat sebab perasaan macam ‘ye la tu, nak jual produk punya pasal mmg la kata berkesan’. Tapi bila tengok sorang sahabat maya yang juga tak sehat tapi bertambah sehat sebab amik Shaklee, mata ni terbukak besar-besar baca setiap patah yang dia taip..! Nanti dulu..! Maksud mama hakim BUKAN sebab Shaklee dia sehat, tapi usaha tu yang penting dan berserah kepada Allah. Ye la kalau kita tak berusaha, macam mane Allah nak terima doa kita kan..

 
VITAMIN E SHAKLEE
 

Mukadimah dah panjang lebar ni. Sebenar nyer nak bagitau Vitamin E-Complex Shaklee dah kehabisan stok..! Huwaa..! Baru nak belikan untuk bonda tersayang. Bulan lepas Sustained Release Vita C Shaklee habis, sampai la ni tak muncul-muncul..! Mujur dah siap-siap pre order so bila ada stok je dah bole dapat..

 
Shaklee oh Shaklee.. Nape la supplement kamu selalu kehabisan stok? Sebab menjadi pujaan ramai? Wahh..! Perkara baik, wajibla dikongsi bersama kan..! Kita memang di tuntut untuk menjaga kesihatan supaya boleh beribadah dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Usaha tu sangat penting dan disertai dengan doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Mama hakim sendiri dah tak sanggup nak sakit-sakit badan sampai tak bole bangun. Alhamdulillah, Allah buka hati mama hakim untuk terus mendaftar jadi ahli dan bole la mama hakim belikan supplement untuk bonda tersayang. Bukan hanya Incik Joni dan Hakim, kawan-kawan pun bole dapat kebaikan nya J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

IntaNBerliaN said...

eh, nape, ayu sakit apa yer sampai camtu sekali... siap mcm bateri kong lg.. mcm teruk je bunyinye...

ooo dari sini lah buat ayu daftar ek...

Mama Vogue said...

Ina,
Entahlah.. Masa berpantang tak jaga betul2 agak nyer. Tak berjaga pun sebenar nyer. Harapkan husband je, kesian dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger