Pembaca Blog Setia

Friday, 21 December 2012

BILA SI DIA MULA TAK LENA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Dah beberapa malam kejadian ini berlaku.. Adakah kerana nak beralih bulan? Nak membesar bagai johan (bukan Johan Raja Lawak ye)? Kadang-kadang mama hakim pun tak tau ape yang menjadi isu sampai Hakim buat camtu..


 

Yang pasti nyer kebelakangan ni Hakim tido lewat sangat. Kadang-kadang makpak dah berdengkur, Hakim masih melayan Upin Ipin kat Ipad. Ataupun menggelisah tergaru-garu kepala yang sudah dibotakkan sambil berpusing ke kiri kanan mencari posisi tido yang sesuai. Kesian pun ada tengok nyer. Ada satu malam tu di kala mama dan babah nyer dah melelapkan bijik mata, Hakim masih berjaga. Dalam kul 12 lebih Incik Joni terjaga, nampak Hakim masih belum tido. Incik Joni pun buatkan lah susu untuk anak tersayang. Abis je minum, terus Hakim tido. Adakah dia tak tido kerana lapar?


 
 
Tapi sayang nyer tak lama, dalam kul 2.30 macam tu Hakim merengek pulak. Meragam tak mau dipujuk atau dipeluk. Mama hakim pun bangun tukakan pampers sebab dah basah, lap-lap badan dia dengan kain lembap. Incik Joni pun bangun tolong pakaikan pampers dan tidokan Hakim semula. Last-last Hakim hanya betul-betul lena bila Incik Joni bangun kul 5.30 nak gi masjid.
 

 

Malam tadi pun Hakim duk merengek lebih kurang waktu yang sama kul 2 lebih. Baju abis dibukak nyer. Merajuk tau mau di peluk. Bila di tanye takmau menjawab. Jadi bagaimanakah..? Mama hakim redho je la menguap menahan mata kat opis ni ha..

 

p/s: Gamba-gamba memang takde kena-mengena ngan cerita..hihi. Cuma suka tengok betapa lena Hakim dalam kereta bila di bawa berjalan. Banyak lagi sebenar nyer.. Banyaaaakkk sangattt..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

6 komen:

ieda said...

sabar ye. Haziq pun kadang2 tgh tdo, nangis2, berguling sana sini, pujuk pun tak jalan. Huhu...

Qhaifa Nur said...

anak2 bila siang hari dah tido lama..malam susah nak tido...

mcm akak nak ramai..selang 2 thn sorang..mcm2 ragam ada..bila anak meningkat dewasa terasa rindu dgn suasana begitu...

Ratu Hatiku said...

Ala ksiannya....lapar kot... Hehe suka tgk dia tdo...nyenyak betul...

Mama Vogue said...

ieda,
memang dah jadi mak2 ni kena byk sabar ye :)

Mama Vogue said...

Qhaifa Nur,
saya pun rasa dia jd camtu sebab terlalu byk tido siang..huu

Mama Vogue said...

Ratu Hatiku,
bila berjalan memang nyenyak tido nyer..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger