Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Petang sebelum balik keja Isnin lepas mama hakim singgah Coffee
Bean untuk belikan kek coklat kegemaran Hakim. Saja nak bagi Hakim bersemangat
sikit sebab pengasuh bagitau Hakim mogok takmo makan dan minum susu sepanjang
pagi. Dah petang baru dia nak makan tu pun sikit je kata nyer.
Tengokla gaya budak dapat habuan nih..! Tak pandang kiri
kanan dah. Masa amik dia dari umah
pengasuh, mama hakim bagitau ada kek untuk dia dalam kereta. Terus je mulut
comel tu cakap ‘waaahh kek..!’. Padahal tengok pun tak lagi. Sepanjang jalan
yang tak sampai tiga minit tu dia duk ulang ‘mama..kek! Wahh!’ hihihi. Anak pun
over macam mamanyer kan..! Haha.
Dan petang semalam sempat mengepau mama di kedai ‘TujuhSebelas’ tu. Dapat la milo sekotak..! Alhamdulillah Hakim dah sihat seperti biasa. Malah makin berselera makan. Cukup time mintak mama nasi siap pegang pinggan dan sudu dia..!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
7 komen:
ala, comelnyer budak ni..haha.. umur dia berapa ek? sebaya anak saya kot...
okla tu dah makin berselera. siap bg peace lagi. ;)
alhamdulillah hakim da sihat..bila anak demam ni, kita mak mak pon tak sedap hati ..risau...
jaa,
Hakim lagi 3-4 bulan nak masuk 3 tahun..hiii
Chic Na,
buat peace sambil sebut 'pishhh'..!
Lega ati bila dah sehat bertambah sehat :)
nazeef nazeem,
kan kan.. Alhamdulillah dah sehat.
Anak demam kita lah yg paling risau kan... lega bila dah sembuh... kita sama2 ibu tentulah kita amik berat... hanya ibu yg fhm perasaan ibu lain betui tak? hihihi Iman pun suka mamam kek coklet! :))
Post a Comment