Pembaca Blog Setia

Wednesday 6 March 2013

SI DIA SUDAH OK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

 
Alhamdulillah hero yang tumbang beberapa hari yang lalu dah bangkit dengan semangat yang tinggi..hihi. Over kan mama nyer..! Oh terima kasih Marya sebab bertanya. Terharu aii!

 

Petang sebelum balik keja Isnin lepas mama hakim singgah Coffee Bean untuk belikan kek coklat kegemaran Hakim. Saja nak bagi Hakim bersemangat sikit sebab pengasuh bagitau Hakim mogok takmo makan dan minum susu sepanjang pagi. Dah petang baru dia nak makan tu pun sikit je kata nyer.

 
 

Tengokla gaya budak dapat habuan nih..! Tak pandang kiri kanan  dah. Masa amik dia dari umah pengasuh, mama hakim bagitau ada kek untuk dia dalam kereta. Terus je mulut comel tu cakap ‘waaahh kek..!’. Padahal tengok pun tak lagi. Sepanjang jalan yang tak sampai tiga minit tu dia duk ulang ‘mama..kek! Wahh!’ hihihi. Anak pun over macam mamanyer kan..! Haha.

 

 
 
 

Dan petang semalam sempat mengepau mama di kedai ‘TujuhSebelas’ tu. Dapat la milo sekotak..! Alhamdulillah Hakim dah sihat seperti biasa. Malah makin berselera makan. Cukup time mintak mama nasi siap pegang pinggan dan sudu dia..!


Sampai jumpa lagi..wassalam.

7 komen:

jamilahamzah said...

ala, comelnyer budak ni..haha.. umur dia berapa ek? sebaya anak saya kot...

Chic Na said...

okla tu dah makin berselera. siap bg peace lagi. ;)

Anonymous said...

alhamdulillah hakim da sihat..bila anak demam ni, kita mak mak pon tak sedap hati ..risau...

Unknown said...

jaa,
Hakim lagi 3-4 bulan nak masuk 3 tahun..hiii

Unknown said...

Chic Na,
buat peace sambil sebut 'pishhh'..!
Lega ati bila dah sehat bertambah sehat :)

Unknown said...

nazeef nazeem,
kan kan.. Alhamdulillah dah sehat.

Unknown said...

Anak demam kita lah yg paling risau kan... lega bila dah sembuh... kita sama2 ibu tentulah kita amik berat... hanya ibu yg fhm perasaan ibu lain betui tak? hihihi Iman pun suka mamam kek coklet! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger