Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Jerebu oh jerebu.. makin lama makin teruk pulak. Kesian mommy-mommy
yang ada anak kecik. Kesian budak-budak sekolah. Kesian kat semua orang..!
Mama hakim pasti korang semua dah tau langkah-langkah pencegahan
semua kan. Mesti buat tau, jangan baca je. Ramai dah yang share kat facebook
semua. Kat blog pun ada yang dah kongsi tips bila berhadapan dengan jerebu ni.
Keadaan cuaca yang berjerebu camni bole mendatangkan banyak
masalah kesihatan. Salah satunya pasti lah asma (ke athma..hehe) tak sanggup
mama hakim tengok orang yang diserang asma tau. Semput pun sama, lebih kurang
la tu. Selain tu jerebu gak bole menyebabkan skin allergy okeh! Jadi, kepada
sesiapa yang rasa kulit dia sensitip, rajin-rajinlah memakai baju berlengan
panjang atau pakai cardigan bila berada di luar. Haa..amaran gak kepada orang
yang mengalami sinus ataupun resdung. Sila ambil extra precautions ye.
Sentiasa pakai mask tau!
Kita yang sehat ni pun terasa kesan dari jerebu, inikan pulak
mereka-mereka yang mama hakim bagitau kat atas tu. Korang.. minum banyak air
kosong ye. Banyak dah status kat FB ni cakap pasal sakit tekak, pedih mata,
batuk-batuk. Jaga diri okeh..! Dan jom sama-sama berdoa agar jerebu ni akan
berakhir dengan cepat. Kalau bole sebelum Ramadhan kan.. Takleh imagine kita
berpuasa dalam keadaan macam ni..huu.
Oh ye, kalau lah hujan dalam masa terdekat ni pastikan seboleh-bolehnya
elakkan diri dan ahli keluarga lain dari terkena air hujan ni tau. Bayangkan
betapa kotornya udara skang ni, dah tentu air hujan tu pun mengandungi debu dan
kotoran jugak. Bahaya kalau terkena kulit..
p/s: IPU area Subang/Shah Alam – 289 (setakat mama hakim menaip)
Sampai jumpa lagi..wassalam.
3 komen:
Cikgu pun dah hantar mesej pada akak, yg sekolah petang tutup sedap jerebu dah teruk .... Jerebu OOO Jerebu :D
Jom kita ucapkan tima kasih kat org yang bertanggungjawab bakar hutan tu.
Mmng risau lelagi ade anak kecik ni kan...
Post a Comment