Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Salam
penghulu segala hari yang penuh barakah J
Mama
hakim masih di rumah. Teringin sangat nak bekerja dari rumah. Pagi tadi lepas
subuh, bersiap seperti biasa sambil berbual ngan Incik Joni yang jugak nak gi
kerja. Tengok si chenta hati masih lena dibuai mimpi so mama hakim duduk
sekejap menjalin riben..hehe.
Jam
8 terus siapkan beg persalinan Hakim dan kejut dia bangun. Kesian pulak tengok
dia terpisat-pisat so mama hakim dukung je ke luar rumah. Sampai umah
babysitter, handover beg dan botol air Hakim terus singgah ke kedai membeli
keperluan sikit untuk memasak. Sampai
umah, terus capai mentega, kaya dan roti untuk breakfast..hehe. Masak air
pulak. Pastu terus capai laptop untuk teruskan kerja. Tengahari kang berenti la
kejap.
Insya
Allah.. tak lama lagi jadual inilah yang mama hakim akan guna pakai. Bisnes
partner yang seorang itu dah pun memberi persetujuan. Dan mama hakim sedang
memohon petunjuk dari ‘Bisnes Partner’
yang satu lagi. Semoga keputusan ini membawa sejuta kebaikan. Of kos laluannya
takkan mudah dan penuh dengan liku-liku, hati perlu kental dan kuat. Insya
Allah kami takkan mudah berputus asa kerana segala yang ingin dilakukan
hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Sampai
jumpa lagi..wassalam.
1 komen:
moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNYA..
Post a Comment