Pembaca Blog Setia

Friday 9 May 2014

He Will Always Be My Baby

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Taip entry di pagi Jumaat yang syahdu ni sementara nak tunggu si chentahati bangun tido. Actually dia dah bangun sebelum subuh tadi, mencari mama yang hilang dari bilik..hehe. Last-last terlelap semula sebelah mama hakim kat surau kecik ni.
Tak sampai 2 bulan lagi Hakim akan berumur 4 tahun. Amboiii rasa cepatnya masa berlalu. Pasni dah mula sekolah pulak. Tak puas bergomol ngan budak bijak ni lagi..!

image

Mama hakim seronok betul melayan selera makan Hakim skang ni. Selalunya tiap petang lepas ambil dia dari taska jam 3, mama hakim akan singgah belikan kuih (pisang goreng atau ubi goreng) yang dia panggil 'kepap'..hahaha.. Tak kira la kuih apa pun semua nya kepap!
Makan dua tiga ketul pastu main. Then sambung mintak roti sapu kaya dan planta. Lepas mandi wajib sangat secawan milo anash untuk dia tau. Rutin harian tu..hihii. Kadang-kadang dia cicah ngan roti, kadang-kadang layan milo je.

image

Makan malam pun wajib tau..! Nak makam nasi atau mee ikut permintaan dia. Selera sangat kan..! Mak mana la yang tak happy tengok anak dia rajin makan..
Sebab tu mama hakim lebih suka pekak kan telinga bila ade orang yang tegur betapa keciknya badan Hakim atau kurusnya dia. Yang penting mama hakim tau selera dia tau.. Dia ni makan kuat, membuang pun kuat jugak! Hihihii.. sehari dua kali itu biasa sangat lah. Takde pun aksi meneran ke kerut-kerut dahi ke, tau tau je dah ade bau!
Ishh mama hakim ni, ke situ plak kan.. Oklah nak buat air ni, Incik Joni pun dah balik dari masjid dan belikan roti canai (kesukaan si anak gak nih).

Updated from Soffice

Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

Chic Na said...

selera sungguh hakim.. nak membesar jadi anak yg soleh & bijak kan.. :)

LydSunshine said...

haa, kalau dia makan banyak takde apa yg perlu dirisaukan la. Org2 tu saje je tegur sbb nak jadikan topik perbualan kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger