Ari khamis lepas, 30 Ogos 2012 mama hakim sakit kepala dan pening kat opis. Mujur kena lepas tengahari, lepas makan. Tapi keja pulak bersusun-susun atas meja. Keja URGENT! So terpaksa gak bawak kepala yang dah rasa mengembang bak belon panas di bawah terik matahari ni ke hulu ke hilir. Akhir nyer pukul 4.30 petang mama hakim menyerah, perasaan macam nak cari bantal dan selimut je. Tinggal nak gantung drawing je, mama hakim call Incik Joni mintak tolong ambil mama hakim kat opis sebab rasa macam tak lepas nak drive balik sendiri. Maka tinggal lah cik kereta di tempat parking tu semalaman..
Sempatlah beraksi sekeping dua sementara tunggu bas. Dahla kami ni tak sure nak naik bas nombor berapa! Terpinga-pinga je lah.. Sebab tu lah ade peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” kann..hihihi.
Ini budak sudah tidak sabar nak naik bas!
Akhir nyer kami naik bas Rapid bernombor U67 menuju ke Subang Parade. Mekasih pada sorang girl yang baik hati tolong kami J Dah la memula konpiden je sebut bas Intrakota! Hahaha..
Posing ngan babah Hakim
Ngan mama tak ready sebab babah malu nak amik gamba..haha!
Hakim seronok sangat lah bila babah dia duduk kan dia kat tepi tingkap. Pastu sebok nak berdiri pulak, nak tengok depan. Mujur lah perjalanan nyer lancar dan sekejap je. Mama hakim pulak dah nak pening semula bila bas asek berenti amik orang dan bergoyang-goyang..
Sekian saje adventure seorang budak bernama Azizul Hakim naik bas yang tak sampai setengah jam pun.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
8 komen:
syok naaa berjalan2...hehe
chekpid tak pernah lagi bawa budak2 naik bas...serem memikirkan tindakan refleks hero2 tu...
mama hakim comel la...lama tak jumpa, kan
Cikgu Ma,
kalau berjalan budak2 mmg sokk lebey!
Chekpid,
sila bwk mereka naik bas yang ditempah..hihi
comel? oh tidakk!
bila ntah nak ke bangunan Sunwaymas yg dah cantek tuh..huuu
sama la dgn anak sy. sibuk je ajak naik bas. tp mama dan papa dia malas nak bawak sbb dulu dah penat merasa naik bas.. dh ada kete ni mmg sombong nak naik bas. tp, kami bawak gak la naik bas ke LCCT. jadila kan.. hihi..
babe! intrakota tu zaman kita skolah dl weih!~ berkurun sudaa~~
hahahahah~
ayu,
janji naik bas.. anak2 pon happy! :)
ye ke iera?
patut ler kami dipandang semacam oleh org2 kat situ..hihi
Post a Comment