Pembaca Blog Setia

Wednesday 26 September 2012

PERKEMBANGAN SI DIA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Alhamdulillah Azizul Hakim akan berumur 2 tahun 3 bulan beberapa ari lagi. Sehat dan sempurna walaupun ramai cakap Hakim nampak kecik dan kurus. Tapi di sebalik badan yang kurus tu, Hakim sebenar nyer kuat makan. Kalau kat umah, dia rajin mengunyah ikut babah nyer..hihi. Kat umah mesti ade stok biskut Tiger Susu atau Captain Much Coklat. Kalau kehabisan stok, biskut jagung babah pun dia makan!

 

Hakim minum susu Friso Gold. Kalau dulu nak abiskan 6oz pun amik masa tapi skang pengasuh cakap kalau dia buat lebih sampai 8oz pun sekali hadap je dia minum. Dan bila abis pandai anta botol kosong ke dapur J Air kosong memang dari kecik Hakim kuat minum. Kira tak susah ler nak bagi dia minum. Bila dah kenyang, sendawa dia sebut ‘lahh..!’ sambil urut dada, tapi bila kentut dia sebut ‘toott..!’ sambil ketawa kuat-kuat..!

 

Hakim lambat berjalan, masa umur setahun 4 bulan ngam-ngam.. So sekarang nampak dia berlari agak terhoyong-hayang lagi…hihi! Mama hakim masih cemas kalau tengok dia berlari! Sampai kan ade perasaan nak belikan ‘knee guard’ untuk budak-budak main basikal tuh..!

 

Bila bab bercakap, dari kecik Hakim memang suka membebel dalam bahasa dia. Tapi bila dah berumur 2 tahun ni, dah banyak perkataan yang dia bole sebut. Yang paling mama hakim geram, bila suh mandi time dia nak tengok kartun bole plak dia cakap ‘abaaa.. abaa..’ *translation = sabar..sabar.. Yang mama hakim agak teruja, hakim seboleh-boleh nak sebut perkataan tu dengan betul. Bila nak susu Hakim sebut ‘maa..suu, suu’ sambil lentuk-lentuk manja pegang botol susu. Bila dah membuang Hakim tunjuk montot sambil cakap ‘maa..ghak! ghak..!’ Kalau nak cari mainan dia yang hilang, sambil buat gaye tangan dan cakap ‘ane? ane?’ dan kening terangkat..! Lagi satu kalau kejut Hakim pagi-pagi nak anta umah pengasuh dia akan cakap ‘nanak! nanak..!’ sambil peluk bantal ketat-ketat..!

 

Oh.. Hakim masih lagi direct breastfeed walaupun tak sekerap dulu. Dan rezeki untuk Hakim masih ada. Bila Hakim nak, dia akan pegang mama hakim sambil cakap ‘maa, nek..nek’. Agak nyer itu bahasa yang budak-budak sebaya Hakim gunakan bila nak menyusu badan..hihi!

 

Agak nyer disebabkan dari kecik Hakim selalu berkepit ngan mama hakim, even time solat pun terpaksa baringkan dia kat sebelah, Hakim dah hafal pergerakan dalam solat. Kadang-kadang bila Incik Joni solat, dia akan berdiri di sebelah dan buat pergerakan angkat takbir, rukuk, sujud, duduk tahiyat awal dan akhir pastu bagi salam kiri dan kanan. Pastu dia buat gaya baca doa, baca bismillah dan amin, usap muka. Tapi tak bole tahan bila tengok mulut dia terkumat kamit seolah-olah membaca surah dan doa..hihihi!

 

Hhmm.. ade lagi tak yang belum direkodkan? Cukup kot setakat ni. Nanti ade perkembangan terbaru mama hakim akan catat satu persatu supaya tak lupa. Semua ni akan jadi kenangan seumur idup J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

4 komen:

IntaNBerliaN said...

hihiii sweet je baca cite hakim ni.. siap lentok2 mintak susu yer :-)

Unknown said...

Ina,
gaya membodek tu nama nyer..hihi!

Salina Mat Isa said...

Mesti nk tulis semua kn..kenangan..nnti dh besar dia baca sendiri..masih breastfeed ke?aritu kate dh stop..

Unknown said...

teratak hati,
hajat hati mama nak berentikan, tapi permintaan masih ada..huhu.
cuma dah tak kerap sangat. Mamavogue tak kuat semangat bila dia dtg pujuk2 nak menyusu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger