Pembaca Blog Setia

Friday 22 June 2012

MENGUBATI KERINDUAN SI ANAK PADA SI AYAH

Assalamualaikum..

Bagaimana la agak nyer ye? Sebenar nyer mama hakim pun tak sangka Hakim akan merindui babah dia semacam ini. Sangat2 kesian tau tengok dia cari babah tiap2 ari tiap2 malam.. Mama hakim tak sangka Hakim akan serapat ini dengan incik joni. Kalau korang ade bace kat SINI, korang pun akan tau yang Hakim memang ‘tak membesar’ dengan suara babah dia. Hanya doa dan ingatan yang jadi penghubung antara si anak dan si ayah. Bila mama hakim cite kat incik joni, dia pun agak pening memikirkan perangai si anak yang satu ni. Tapi inilah cara incik joni mencari rezeki untuk keluarga, jadi rela atau tak memang kena berjauhan ngan anak terchenta.


Malam tadi alkisah nyer.. Hakim tak berapa lena tido. Dalam tido dia menanges sambil panggil ‘babaaahh’. Hati ibu mane yang tak sayu.. So mama hakim paksa diri bangun dan temankan dia sekejap. Sambil duduk sambil tepuk2 dia sambil pujuk2 suh tido balik. Tapi bukan sekali tau, beberapa kali! Bila dah tak larat nak bangun, mama hakim pujuk dia berkasih sayang. Akhir nyer lepas azan subuh baru Hakim betul2 lelap. Dan akhir nyer juga mama hakim pun terlayang , sedar2 lagi 10 minit kul 7!!! Ni bukan subuh gajah lagi dah, ntah subuh badak agak nyer.. (sian plak gajah dan badak dipersalahkan huhu).


Disebabkan sampai opis tadi keja dah beratur amik nombor untuk disiapkan, mama hakim hanya dapat menyiapkan karangan darjah 4 ni je ye. Kalau ade tips2 menawrikk nak share silalah bagi. Tips untuk mengurangkan kerinduan, ade tak? Hehehe.. Ataupun tips untuk tidak tersengguk-sengguk depan komputer ni ha.. Aduiyai lah mata, tolong lah bekerjasama dengan tangan ye.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

7 komen:

Husna said...

kesiannya Hakim..cer try bg bj ke kain ke yg ada bau ayah dia.. nnti b4 ayah dia g outstation tinggalkan baju yang ada bau.. mamanye pun mesti rindu sekali kan ...hehehhe

Unknown said...

Husna, salam kenal :)

memang dah bagi pun, tgk kat previous entry. Mlm td sebelum tido dia balut kain pelekat kat badan sambil cari babah..

Ayu said...

Kesiannyer Hakim.Cuba carik activity yang boleh distract dier daripada teringat Babah dier, dear. Activity yang fun yang buat dier happy.Be strong yer..

Salina Mat Isa said...

Kesian hakim..tk tau la nk bg cdangan ape..yk de pengalaman..pasal mngantuk tu,klu dlu kerja mmg sedia nescafe secawan la...

Unknown said...

YM,
hakim lupe jap kat babah bila dia main ipad.
Selain tu aktiviti bergelak ketawa bila mama hakim layan & geletek dia :-)

Unknown said...

Teratak hati,
Tiap pagi musti pekena nescafe dulu :-)

IxoR@ said...

alahai kesian... kite sbg ibu mesti tak sanggup tengok anak merengek nk kan abahnya....

ok gak tu.. petua komen yg 1st tu...

;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger