Pembaca Blog Setia
Wednesday, 29 August 2012
WORDLESS WEDNESDAY..!
Tuesday, 28 August 2012
MAKAN-MAKAN..!
Monday, 27 August 2012
PORT BARU..!
BONDA + KELUARGA BESAR..!
Takmo bebel panjang-panjang, mama hakim cuma nak simpan gamba bonda dan adik kembar kesayangan kat blog J Adik kembar ni yang bongsu dalam keluarga besar kami, yang ke 10 & 11. Skang kat UiTM Melaka, part 5 rase nyer J
Friday, 24 August 2012
BILA DAH PANDAI MEMINTA-MINTA..!
Assalamualaikum..
Jam 7 petang (ke malam?), tv3 siarkan cite kartun Naruto Shipuden.. Sebelum tu ada iklan kartun Boboiboy.. Hakim bergolek depan tibi sambil menyusu botol. Tetiba dia merengek "boy..boy.." Mama hakim ingatkan dia nak ape, bila tanye kenapa dia jawap "boy" sambil tunjuk kat tibi..
Rupa-rupa nyer nak tengok kartun Boboiboy. Tapi yang tengah disiarkan kartun Naruto! Agaknyer sebab sebelum tu iklan Boboiboy, maka berharaplah si anak nak tengok kartun kesukaan dia tu.
Alahai la anak.. sekarang pun awak dah pandai request nak tengok cite ape, mama tak leh bayangkan 10 tahun akan datang bila awak mahukan sesuatu yang awak suka..
Sekadar bebelan seorang mama hakim..
Sampai jumpa lagi..wassalam.
KEMBALI BEKERJA..!
Thursday, 23 August 2012
REMEDI..!
Assalamualaikum..
Budak bijak kesayangan mama hakim masih kurang sehat.. Sebenar nyer dah sembuh tapi kembali sakit selepas raya pertama. Kali ni batuk dan selsema. Punca? Mama hakim rasa semua pun tahu kan.. Sebab melantak air sejuk berais tak hengat dunia siang dan malam sepanjang beraya.
Bukan nyer mama hakim tak larang, tapi kalau tuan umah dah hidang.. Mama hakim ngan Incik Joni memang dah tak larat nak melawan kehendak Hakim. Akibat yang terpaksa di tanggung, Hakim berkahak dan berhingus.. Kesian tengok dia tak lena tido.
Tapi Alhamdulillah walaupun perlahan, selsema Hakim dan beransur kering. Lain orang lain cara nyer kan. Cara mama hakim, tu gambo Peel Fresh kat atas tu. Lebih baik kalau 100% oren nyer. Mama hakim bagi Hakim minum sikit-sikit dan yang pasti bukan yang sejuk! Insya Allah.. Satu lagi, mama hakim bagi Hakim berkasih sayang. Susu ibu kan penuh segala khasiat..! Tapi itu bermakna proses memberhentikan Hakim dari breastfeeding tertangguh buat seketika..huu.. Mama hakim sendiri pun kena jaga makan dan tak bole minum air sejuk.
Bukan taknak bawak gi klinik. Tapi kalau bole biarlah Hakim sembuh dengan cara semulajadi dulu.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Wednesday, 22 August 2012
REZEKI SI ANAK..!
Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bertemu di blog. Malam tadi mama hakim sekeluarga sampai dari kampung. Walaupun tak sesak sangat tapi banyak jugak kereta yang menuju balik ke KL.
Suasana raya tahun ni agak kurang meriah, biasa-biasa je. Mungkin sebab kesihatan ayah mertua yang tak berapa baik. Akak ipar pun dua-dua batuk selsema sampai ilang suara.
Sepanjang di kampung, sempat la kami beraya di rumah mak teh, mak anjang, induk dan puan. Rezeki Hakim pun lebih skit tahun ni. Syukur Alhamdulillah.. Macam-macam angpau yang Hakim dapat. Tapi yang paling mama hakim suka, tu yang tulis pasport malaysia ngan gamba henpon blackberry tu..hihi.. Ohh! Ari jumaat dah start keja lah..!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Thursday, 16 August 2012
SALAM AIDILFITRI...!
TAK SEHAT..!
Assalamualaikum..
Kul 6 pagi, sedang elok je mama hakim nak pakai telekung tetiba terdengar rengekan dari Hakim. Mama hakim tanye dia, nak susu ke dia pun jawab 'suu'.. Selesai buat susu, mama hakim sarung kembali telekung. Lagi sekali terganggu dengan suara Hakim terbatuk-batuk. Bila mama hakim gi jenguk dia, susu dah pun terlambak atas toto.. Keluar dari mulut dia!
Bila mama hakim usap belakang dia terasa agak panas. Tapi rase nyer macam baru nak demam kut. Setelah membersihkan Hakim dan kesan muntah, lagi sekali mama hakim sarungkan telekung.
Ya Allah, lindungilah dan rahmatilah keluarga kecilku ini. Aminn..
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Wednesday, 15 August 2012
MOOD RAYA + LAGU RAYA
Monday, 13 August 2012
SI DIA DAN KERETA..!
SEMBUNYII..!
Saturday, 11 August 2012
TERKEJUT..! TERKESIMA..!
Friday, 10 August 2012
I AM NOT PERFECT #13 - KELEBIHAN LAILATUL QADAR
Sekadar peringatan buat diri sendiri dan berkongsi ilmu.. Moga dapat dimanafaatkan bersama.
Thursday, 9 August 2012
MODE : MENGADA-NGADA #NAKMANJABARINGATASLENGANBABAH..
Wednesday, 8 August 2012
WORDLESS WEDNESDAY..
Tuesday, 7 August 2012
AKHIR NYER.. SAYA LEGA!
Saturday, 4 August 2012
TAK BOLE DI TINGGALKAN..!
Assalamualaikum..
Mama hakim ke kedai tadi.. Nak beli tomato dan daun sup untuk sup ikan merah. Macam biase mama hakim akan masak juadah berbuka. Ok dah lari tajuk..hii..
Tengok lah gaya anak bujang sorang ni. Nak ke kedai depan umah pun tak bole tinggal McQueen kesayangan tuh. Puas pujuk suh tinggalkan tadi tapi Hakim tetap nak bawak same.. Skang ni nak ke mane2 pun di usung bersama McQueen tu.
Oklah nak start bergelut di dapur ni. Salam ujung minggu semua! Mama hakim yakin ramai yang amik peluang cuti ari isnin ni balik ke kampung halaman berbuka ngan keluarga..! Hati-hati di jalanraya..
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Thursday, 2 August 2012
ADDICTED KE..?
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kenyang..
Berbuka ari ni lauk ikan keli goreng bersambal ngan sayur campur. Paling penting, air yang sedap mesti la ade..hehe.
Dah bape ari terpikir-pikir akhirnyer berjaya gak berbuka ngan air Chatime. Kali ni mama hakim amik flavor Choc Hazelnut dan incik joni request flavor Mocha. Dua-dua sedap tau..nyumm!!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
