Assalamualaikum..
Budak bijak kesayangan mama hakim masih kurang sehat.. Sebenar nyer dah sembuh tapi kembali sakit selepas raya pertama. Kali ni batuk dan selsema. Punca? Mama hakim rasa semua pun tahu kan.. Sebab melantak air sejuk berais tak hengat dunia siang dan malam sepanjang beraya.
Bukan nyer mama hakim tak larang, tapi kalau tuan umah dah hidang.. Mama hakim ngan Incik Joni memang dah tak larat nak melawan kehendak Hakim. Akibat yang terpaksa di tanggung, Hakim berkahak dan berhingus.. Kesian tengok dia tak lena tido.
Tapi Alhamdulillah walaupun perlahan, selsema Hakim dan beransur kering. Lain orang lain cara nyer kan. Cara mama hakim, tu gambo Peel Fresh kat atas tu. Lebih baik kalau 100% oren nyer. Mama hakim bagi Hakim minum sikit-sikit dan yang pasti bukan yang sejuk! Insya Allah.. Satu lagi, mama hakim bagi Hakim berkasih sayang. Susu ibu kan penuh segala khasiat..! Tapi itu bermakna proses memberhentikan Hakim dari breastfeeding tertangguh buat seketika..huu.. Mama hakim sendiri pun kena jaga makan dan tak bole minum air sejuk.
Bukan taknak bawak gi klinik. Tapi kalau bole biarlah Hakim sembuh dengan cara semulajadi dulu.
Sampai jumpa lagi..wassalam.