Pembaca Blog Setia

Monday, 13 August 2012

SEMBUNYII..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Ari ni agak lemau di opis. Bukan sebab ari isnin, eh! Sebahagian sebab kut. Lagi sebahagian sebab dah ade mood nak bercuti. Walaupun keja melungguk-lungguk lagi ni ha.


Pagi ni si budak Hakim buat perangai ngade-ngade takmo gi umah pengasuh. Dia pun blues agak nyer..hihi. Masa dia nampak mama hakim bersiap, dia dah berubah muka. Bila Incik Joni cakap yang dia pun kena bersiap nak gi umah pengasuh, terus dia ‘ilang’ dari pandangan kami. Lari-lari sambil jerit ‘nanak…nanakkk..’ pastu tetiba senyap je. Bila mama hakim siap pakai tudung, mama hakim pun panggil lah Hakim tapi takde jawapan langsung. Aikk! Panic button buzz in my head! Tetiba..! Incik Joni bagi isyarat suh tengok dalam bilik surau, rupa-rupa nyer dia nyuruk kat bawah tempat gantung baju…!


Alahai la anak, dah ade port sembunyi ekk. Geram lah ngan awak ni. Tapi akhir nyer bukan mama hakim yang anta, babah dia yang anta ke umah pengasuh. Ye la dah kul 8.15 pagi dia masih buat perangai takmo kuar umah! Mujur opis mama dekat tau awak..!


Oh gamba memang tak sempat nak rakam ek, kelam kabut dah. Lenkali kalau dia nyuruk celah tu lagi mama hakim rakamkan buat kenangan J



Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger