Pembaca Blog Setia

Monday, 10 November 2014

Ikhtiar Sebelum Berserah, Insya Allah Ada Hasilnya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Weekend yang lepas, mama hakim balik kampung Incik Joni. Kemainla teruja si anak nan seorang itu..hihihi. Kami balik jumaat malam dan kembali ke Subang Jaya malam tadi. Boleh tahan jammed jalan area Seremban entah sampai mana entah sebab kami balik masuk ke simpang KLIA (highway ELITE)

Masa kat kampung, mama hakim perhatikan perubahan fizikal ayah mertua. Ayah ni seorang bekas askar, lahir tahun 1942. Bertahun menderita sakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Sampai la satu tahap, ayah disahkan Alzheimer dan Mild Parkinson. Allahu.. Tuhan je yang tahu perasaan mak mertua masa tu. Bertambah lagi tugas mak mertua sebab masa ayah start diserang Parkinson, dia dah tak boleh berjalan dengan baik. Maka urusan ke toilet menjadi sangat sukar.

Mama hakim cuba ikhtiar dengan Shaklee. Disebabkan ayah dah menderita lama dengan penyakit-penyakit dia tu, memang la susah nak sembuh 100% tetapi kalau dapat kurangkan pun dah cukup baik terutama pada mak mertua. Mak pun berumur, berbadan kecil dan kurus je orangnya. Agak sukar untuk dia menguruskan ayah seorang diri.

Ubat-ubat ayah dari hospital dan klinik kesihatan memang banyak dan berjenis-jenis. Sebekas Tupperware tau! Maka, mama hakim pun tak berani nak bagi fullset supplement Shaklee pada dia. Risau menambah beban buah pinggang pulak. Untuk permulaan, mama hakim cuma bagi ESP, Zinc, Bcomplex dan Ostematrix. Ayah makan dengan konsisten selama lebih setahun ni.

Alhamdulillah..kalau dulu duduk atas kerusi roda, ayah mula bertongkat. Tapi sejak bulan lepas dah boleh jalan beberapa langkah tanpa tongkat! Kalau dulu ayah langsung tak boleh solat secara berdiri dan tanpa pertolongan, sekarang elok je tiap kali masuk waktu ayah solat sendirian. Yang paling best, kalau dulu cucuk insulin 2 kali sehari, sekarang hanya sehari sekali.

Mama hakim tahu ayah mertua takkan sembuh, dia mengidap penyakit-penyakit tu dah bertahun-tahun kata Incik Joni. Sejak dari Incik Joni kecik lagi ayah selalu keluar masuk hospital. Tapi sekurang-kurangnya dengan ikhtiar tu, kami dapat kurangkan beban mak mertua. Ada satu ketika sampai ayah terpaksa memakai diapers. Tapi sekarang ayah dah takde masalah untuk bergerak sendiri.

Ikhtiar tu penting, bukan hanya berserah semata-mata. Usaha dan ikhtiar dulu barulah kita bertawakal pada Allah swt. Mama hakim bersyukur sangat sebab dapat kurangkan beban mak mertua.

Inilah salah satu #ShakleeEffect mama hakim. Mind to share cerita korang pulak? Bagi la link kat komen, nanti mama hakim terjah. Mana tahu ada yang bakal dapat hadiah misteri sebab effect yang best!



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger