Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Bagi sesetengah orang
(mama hakim yakin bukan korang pembaca blog TowMater nih) memang agak susah nak
bersangka baik dengan orang lain sepanjang masa, kan.. Kadang-kadang mesti
terdetik gak perasaan cemburu, menyampah atau meluat bila tengok perangai orang
lain. Lagi-lagi skang ni zaman Facebook, semua perkara orang nak update kan..
Lagi la mudah kita buat dosa mengutuk orang dalam hati ni..huhuuu..
Malam tadi mama hakim
dengar webinar yang bertajuk ‘The Power of Thoughts’ dan si penyampai ada
memberikan beberapa contoh serta tips untuk kita tukar perasaan meluat,
menyampah tu kepada sesuatu yang lebih positif. Ohh webinar tu macam seminar
yang dihadiri secara online je. Dengar kat laptop, pc atau smartphone je,
asalkan saja ada internetnya. Inilah salah satu kelebihan kalau join team
Shaklee mama hakim. Kelas secara maya, dengar dari rumah je, tak perlu keluar
malam tapi penuh dengan ilmu.
Ok berbalik kepada
bersangka baik, Husnu Dzhon. Rasa-rasa korang kan, susah ke nak bersangka baik
pada orang ni? Kenapa kadang-kadang kita bole terkutuk atau termengata orang
dalam hati? Adakah sebab sebenarnya kita ada rasa tak yakin dengan diri
sendiri? Kita tak yakin dengan kemampuan diri sendiri? Sebab tu kita pandang
setiap perbuatan orang lain dengan perasaan iri? Yang ni mama hakim tak dapat
jawab, tepuk dada tanya diri sendiri. Bersikap jujurlah pada diri sendiri..
Setiap kali scroll
newsfeed Facebook, doakan yang baik-baik buat teman yang bermasalah. Kongsikan
kebahagiaan bersama teman yang sedang bergembira. Lahirkan rasa simpati kepada
yang sedang bersedih. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Dan jangan lupa
update status yang boleh memberi manafaat kepada semua.
Tapikan korang,
bersangka baik yang paling baik adalah bersangka baik kepada Yang Maha
Pencipta. Bila kita didik hati untuk pandang setiap masalah dan ujian dari
sudut yang positif, maka secara tak langsung seluruh hidup kita akan berubah
360 darjah. ALLAH takkan menduga seseorang melebihi kemampuannya. Jadi bila
kita rasa dugaan tu terlalu besar buat kita, ketahuilah bahawa ALLAH memandang
tinggi pada kita. DIA tau kita mampu sebab tu DIA bagi dugaan sebegitu.
Sumber : misslobak.blogspot.com |
Mulakan dari
sekarang, mulakan dari saat korang habis baca entry mama hakim ni. Tarik nafas,
dan bersyukur sebab masih boleh bernafas. Yakin dengan sepenuh hati seperti
mana ALLAH yakin kita boleh tanggung setiap ujian dariNya.
Husnu Dzhon,
perkataan seindah perbuatan. Mulakan hari ni ye kesayangans..
Sampai jumpa
lagi..wassalam.
1 komen:
ollow balik dan singgah selalu http://bicarabihah.blogspot.com/ terima kasih
Post a Comment