Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Salam hari Isnin,
permulaan setiap minggu. Dah masuk minggu kedua kita dalam bulan November ni
kan. Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Tak lama dah nak masuk tahun 2015.
Hari ni, setengah
hari sebelah pagi mama hakim habiskan dengan membaca mesej kat whatsapp. Ini la
padahnya ada doblas (12) group tau tak? Hahahha.. tapi semua ni group yang
memberi faedah tau. Group mak-mak dan group Shaklee.. Al maklumla dua hari kat
kampung, dengan limited internet access mana tidaknya mesej berderet-deret.
Dalam banyak-banyak
mesej, ada satu yang buatkan hati mama hakim tersentuh. Maka bermula lah sesi
meluah perasaan.. Actually mama hakim memang tak kisah pun kalau ada sesiapa
nak mesej mama hakim, nak pinjam telinga dan bahu (sesuai lagi ke istilah ni
ye?) atau sekadar nak melepas geram..hehehe..(sms/whatsapp 018-2835816) iolls memang pendengar yang setia sambil tutup
mulut. Kecuali la kalau diminta memberi pendapatan. Eh!! Diminta memberi
pendapat.
Mungkin tak banyak
yang boleh mama hakim tolong tapi insya Allah sekurang-kurang nya kita tolong
dengan cara mendengar. At least lega skit hati orang yang mesej kita tu kan..
Tak salah pun berkongsi kebahagiaan dengan orang lain, malah membuatkan hati
kita lebih bahagia gittew.. Jikalau pun kita tak boleh membantu, jangan
ditambah dengan menyusahkan atau beri komen-komen berbaur negatif.
Fly high.. and spread the happiness! |
Lets spread
happiness, lets spread goodness in life. Jika kita sentiasa bahagia, maka orang
disekeliling kita juga dapat merasa tempiasnya. Kan best cemtu?
Sampai jumpa
lagi..wassalam.