Assalamualaikum..
Cepat sembuh ye awak.. Mama rindu gelagat awak yang menghibur ati tu. Mama rindu senyuman manis awak. Susah ati nyer mama tengok awak terbaring lesu tak bermaya. Kuat semangat ok! Mama ngan babah selalu ada bersama awak..
Sampai jumpe lg..wassalam.
Pembaca Blog Setia
Monday, 30 April 2012
PRECIOUS PRINCE..
BUDAK YG TAK SEHAT NI..
Assalamualaikum..
Ni la budak yang asek muntah je tu. Sempat posing bila mama hakim kate nak amik gambar. Ntah style ape ntah.. Baru lepas muntah td. Tapi nampak dia ada tenaga nak main dah. Mujur Hakim senang makan ubat, siap mintak lagi tu.. Demam pun kurang dah. Alhamdulillah..
Cepat sembuh ye awak.. Rindu nak tengok awak lincah bermain :-)
Sampai jumpe lg..wassalam.
SAYU HATI MELIHAT SI DIA..
Assalamualaikum..
Sepatutnyer sekarang ni mama hakim tengah bersiap nak gi keja tapi... Bukan sengaja mengambil kesempatan sebab esok cuti tapi..
Anakanda terchenta jatuh gering. Sejak kul 8 malam tadi anakanda terchenta muntah2. Minum skit air terus muntah. Alhamdulillah selama ni Hakim bukan seorang yang mudah jatuh sakit. Mungkin sebab dia masih 'berkasih sayang' ngan mama hakim.
Malam tadi mama hakim ngan incik joni terus bawak hakim gi hospital Serdang. Bila tengok hakim tak bole tido dan asek muntah2, tahap kerisauan terus meningkat. Dalam hati tak putus berdoa agar anakanda terchenta dapat bertahan dan takde ape2 yang serius terjadi. Dalam tempoh menunggu pun Hakim muntah2 lagi. Sayu hati melihat dia..
Alhamdulillah, setelah diperiksa doktor, Hakim dibenarkan balik berbekalkan antibiotik dan ubat demam. Tonsil nyer bengkak.
Anakanda terchenta Azizul Hakim, semoga awak cepat sembuh ye. Mama ngan babah tak sampai ati tengok keadaan awak tak bermaya macam ni. Disebabkan awak takmo menyusu botol dan makan, mama sanggup berkasih sayang ngan awak sekerap mana pun awak nak.. Janji awak aktif balik.
Sampai jumpe lg..wassalam.
Saturday, 28 April 2012
MAT KOOL DI MALAM HARI
Assalamualaikum..
Malam tadi lepas beli barang kat Mydin, kami sekeluarga makan kat sane gak. Tapi hakim bukan bole duk lelama, bila dia bosan mula ler segala perangai kuar. Demi memujuk anak terchenta, mama hakim terbelikan askem matkool spiro.
Haruslah mama hakim di jeling2 oleh para ibu sebab bagi hakim makan askem kul 10.30 mlm. Tengokla muka budak dapat habuan, sonok nyer kemain. Mood terus tuka jadi budak paling sopan..
Ape aktiviti ari ni ye? Incik joni ajak gi mandi sungai :-) dok pikir bekalan nak bawak untuk piknik nih. Jap lagi nak selongkar peti sejuk lah.
Sampai jumpe lg..wassalam.
Friday, 27 April 2012
INILAH BARISAN KETA..
Assalamualaikum..
Barisan keta ye bukan kita.. Ntah ape perangai si budak hakim gemar susun mainan dia camtu..
Pas maghrib kang nak gi Mydin jap. Belakang umah, bolela nak gi shopping memalam gini. Sebab esok & ahad konpem ramai giler sume dah gaji kan. Encik Bos Besa, adakah kau baca blog ku ini? Sila la bagi gaji cepat skit..heheh
Sampai jumpe lg..wassalam.
I AM NOT PERFECT #5
Sekadar peringatan buat diri sendiri.
EMPIRE HOTEL..
Assalamualaikum..
Ari ni lunch hebat skitt..eh banyak gak la. Banyak makan cheesecake sampai tak sempat nak amik gamba. Tu cuma gamba appertizer ngan desert hehehe.. Tunjuk sume kang nanti terbongkar rahsia mama hakim tembun!
Dah 5 bulan keja baru merasa makan kat sini. Kiranyer Empire Hotel ni dalam Group of Companies gak. Tapi makan tadi on the house ekk, kalo baya sendiri even staff price pun tak tergamak rase nyer..
Tu je mama hakim nak share buat masa ni. Ntah bila lagi nak dapat makan kat sane. Sebab member yang penah pegi cakap ade lamb chop ngan lobster. Ari ni takde pun..uishhh rugi!
Sampai jumpe lg..wassalam.
Thursday, 26 April 2012
IYE SAYA TENGAH STRESS..!
Mama hakim stress sekarang ni. First time rasa nyer stress ngan keja. Bukan keja sendiri tapi bila berurusan dengan orang especially yang berpangkat tinggi. Kerana mereka bisa berkata apa saja untuk mempertahankan diri sendiri. Walaupun sebelum membuat keputusan mama hakim dah double check ngan dia. Tapi bila berlaku kesilapan, dia memutar belitkan fakta mengatakan mama hakim salah dengar, miss communication..! Kerana gaji kamu yang berpuluh kali ganda dari mama hakim, jadi kamu fikir kamu bole mempersendakan keja orang lain terutama jawatan yang lebih rendah dari kamu..
p/s: kebulur sangat dah ni, datang je tadi terus kena settle hal ini dulu.. nak mamam skang gak!
Wednesday, 25 April 2012
ADOI!! BENJOL LAGI..!
Assalamualaikum..
Siannyer anak mama yang seorang diri ni. Tu la main buas sangat kan dah tergolek atas lantai. Mama rase ni kali ketiga dahi awak bertelo! Mujur awak tak meraung, nanges skit je. Mama dah letak minyak gamat. Harap nyer esok surut la bengkak nyer tuh.
Tapi yang paling best anak mama ni tetap menten kontrol ensem bila mama nak ambil gamba. Ilang dah sakit nyer bila mama suh awak pose depan kamera kan..
Maafkan mama ye sayang sebab terleka tengok tibi sampai tak perasan awak nak tergolek. Kalau la mama bole sambut awak tadi..
Sampai jumpe lg..wassalam.
WORDLESS WEDNESDAY
Assalamualaikum..
Ari ni Rabu? USJ tak jammed?
Sampai jumpe lg..wassalam.
Tuesday, 24 April 2012
TAK PATUT PUN BERLAKU...!
Berita kat tibi 2-3 ari ni sebok cite pasal adik Mohd Danish yang kena dera dengan kekasih ibu nyer. Aduhai si ibu.. ape lah perasaan mu membiarkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dilahirkan dari darah daging mu sendiri diperlakukan sebegitu rupa oleh manusia berhati binatang? Menitis airmata setiap kali gamba adik Mohd Danish terpampang di kaca tibi. Alhamdulillah dia dah stabil setelah dibedah untuk membuang darah beku. Tapi pinggangnya patah. Dah dia kemungkinan lumpuh sebelah kanan badan. Wahai si ibu, ketika Allah membersihkan dosa-dosa mu ketika sakit melahirkan, bagaimana pula dengan dosa mu mensia-siakan amanah Allah yang satu ini? Tidak kah terdetik sedikit pun perasaan kasih pada si anak? Apa dosa anak kecil itu pada mu?
UNFINISH MISSION..
Assalamualaikum..
Iye betul tu misi masih belum selesai. Rase nyer sepanjang minggu ni mama hakim akan mengemas opis baru. Seronok memang seronok tapi tersangatlah penatt! Masih menyusun fail yang menimbun dan drawing yang berteraburan. Opis baru ni tema nyer putih suci tapi kerusi kaler merah tetiba!
Sape ntah punyer idea.
Take 5 for a while to regain energy.. Almaklumla umur dah bertambah..hihi
Sampai jumpe lg..wassalam.
Monday, 23 April 2012
YEAY!! ITS MY BIRTHDAY!
Sampai jumpe lg..wassalam.
Sunday, 22 April 2012
NEW BOOKS FOR HIM..
Assalamualaikum..
Semalam sempat bawak hakim gi jalan2 kat Empire Shopping Galery. Singgah kat Popular, terus rembat buku baru untuk budak tecik nih. Bukan main happy lagi dia. Selain tu mama hakim belikan dia sketch book untuk dia luahkan kreativiti dia.
Aktiviti ari ni juz melepak meluangkan masa berdua ngan hakim. Incik joni keja pulak. So selamat berujung minggu sume.. Dan tak lupe juga selamat bekerja untuk orang Ganu..
Sampai jumpe lg..wassalam.
Saturday, 21 April 2012
DENGAN BANTAL PUN BOLE..
Assalamualaikum..
Asal dalam keta, asal tengah drive, asal benti kat traffic lite simpang 4 Summit, mesti hakim nak buat pose maut.. Kali ni ngan bantal cumell dia. Baru beli tadi, tanye nak mainan ape akhirnyer bantal tu yang dia pilih.. Tak kesah la wahai chenta ati mama, janji awak happy!
Sampai jumpe lg..wassalam.
MOVING IN PROGRESS
Assalamualaikum..
Just a quick update on what happen here in my office right now..huhu. Sakit pinggang mak!! Nanti mama hakim tayang opis baru yang tersangat cunn ekk.
Sampai jumpe lg..wassalam.
Friday, 20 April 2012
I AM NOT PERFECT #4
Sekadar peringatan buat diri sendiri.
CHEF JONI..!
Assalamualaikum..
Breakfast pagi ni incik joni yang masak. Semalam ade baki nasi, so pagi2 lepas subuh incik joni dah bertukang kat dapur. Pastu di tabur plak ikan bilis goreng cili. Memang sedapp breakfast pagi ni.
Mekasih incik joni :-) pasni bole tuka nama jadi chef joni yek..
Sampai jumpe lg..wassalam.
Thursday, 19 April 2012
LUCKY 19
Assalamualaikum..
Lunch ari ni 1901, Food for Friendship :-)
Actually on 19th of every month, harga untuk New York Chicken just RM2.99 for regular size and RM3.99 for great size.
So enjoy!!!
Sampai jumpe lg..wassalam.
NAK PINDAH
Semalam dah terbgtau yang mama hakim tengah packing barang dalam bilik bos kan. Kami nak pindah..hehe macam la jauh sangat pun. Disebabkan bangunan ni Encik Bos Besa yang punye so sukati dia la nak suh kitorang duk mane dengan alasan duk tempat lagi besa lagi luas bole membuka minda pekerja2 beliau supaya bekerja dengan lebih efisien. Sukati la wahai Encik Bos Besa. Opis mama hakim skang ni kat tingkat atas skali, tingkat doblas. Mujur nyer pindah takat sebelah opis je, kalau ke tingkat 3 ke 5 ke agak pensan lah! Puan bos mama hakim masih cuti sakit, so mama hakim lah yang kena kemas dan pindahkan barang dalam bilik dia.
Wednesday, 18 April 2012
TENSION
While I was packing things in my boss room, I stumbled upon a piece of paper clipped at her tray. Just a small piece of paper but full of meaning on it. So I decided to share with all of you. Happy reading J
WORDLESS WEDNESDAY
Assalamualaikum..
Sape suh mama hakim pandai sangat bagi dia menulis guna pen kan..
Sampai jumpe lg..wassalam.
Tuesday, 17 April 2012
EARLY DINNER
Alhamdulillah.. Dah makan malam dah. Incik joni yang masak. Sambal sardin ngan sayur campur.. Incik joni keja malam, sebelum pegi tadi sempat dia masakkan makan malam untuk mama hakim 2 beranak. Siap ade extra untuk tapau esok :-) Sedap hingga menjilat siku hehehe.. Hakim pun makan same lebih 10 suap. Tu nampak dalam gamba, ade budok dah tak saba nak makan.
Mekasih babah. Kami sayang babah sangat2!!
Sampai jumpe lg..wassalam.
......
Ari ni tiada apa yang nak dikongsi dan dirakam kat blog..bole?
Monday, 16 April 2012
ORGANIC FOOD.. HALAL KE TAK?
Assalamualaikum..
Gamba kat atas tu, yang pertama produk Netherland. Takde tanda halal dan 100% organik. Yang kedua produk Australia. Pun takde tanda halal.
Sebab hakim kurang makan nasi, so mama hakim selalu belikan dia biskut2 yang pelbagai rupa dan rasa. Hakim cepat jemu kalau hadap yang sama je. Tadi gi Jaya Grocer mama hakim jumpe biskut tersebut di atas. Masalah nyer takde tanda halal. Nape la Malaysia takde produk macam tu? Maksud mama hakim, biskut memang banyak tapi jenis yang sehat kurang..ehh takde langsung kut. Sehat tu maknenyer kurang/takde gula, takde pengawet, organik... Kalau mama, ibu dan mummy di luar sane ade jumpe biskut yang halal dan berkhasiat untuk anak kecil sila lah berkongsi ye..
Sampai jumpe lg..wassalam.
SEKADAR RENUNGAN..
Sunday, 15 April 2012
HELLO HELLO!!
Assalamualaikum..
On the way balik dari umah lecturer tadi hakim tak banyak ragam. Penat sangat agak nyer. Puas jugak dia main tadi. Sampai traffic light simpang empat dekat Summit tadi memang lame skit lampu merah nyer.. Tetiba terdengar si budok hakim bercakap sensorang. Rupe2 nyer kunun2 bercakap kat henpon.. Sila lah tengok 'henpon' dia tu. Bak kata nenek moncheh, kereta bantal dia tu dibuat henpon. Apa2 sajelah anak. Janji awak tak meragam ye.
Sampai jumpe lg..wassalam.
HIS NEW INTEREST
Assalamualaikum..
Ini budak bangun tido terus cari ipad. Hampir setiap masa dia dengan ipad. Mujur nyer incik joni telah download apps yang sesuai dengan jiwa raga seorang budak berumur setahun 9 bulan ni.. Ehh! Anak mama dah besa la!
Hakim bukan main angry bird atau sprinkler je tau tapi dalam ipad tu ade flash cards, koleksi doa harian, bahasa mandarin & korea, cara solat dan banyak lagi selain game. Mungkin sebab tu agaknyer mama hakim tak belikan hakim buku. Kat ipad pun dia bole menulis, tak risau comot bagai kan.. Haha dasar pemalas!
Mama hakim paling suka koleksi doa. Suara budak2 yg baca, so hakim alert lebih skit. Pastu gamba pun ade bunyi. Sesapa ade tab atau ipad bole la download. Android pun bole. Tu gamba yg last tu. Even ketapi kat bawah tu pun ade bunyi.
Yang terbaru incik joni download piano tu. Sebelum ni set drum hakim tak minat sangat. Sonok betul jari2 kontot tu..hehe.
Jap2 lagi nak gi umah lecturer kat sek 7 shah alam. Itu je aktiviti ari ni. Sementara tunggu malam incik joni pulang.
Selamat berujung minggu semua.
Sampai jumpe lg..wassalam.
Saturday, 14 April 2012
CAR MCQUEEN LAGI..
Assalamualaikum..
Dah setengah jam sampai umah. Kebetulan lecturer mama hakim ade hal lain plak so dia suh gi umah dia esok. Acara mencari bahan menulis untuk hakim terpaksa ditangguhkan lagi. Mama hakim tak bawak stroller, hakim dengan gah nyer berlari ke sana ke mari. Letih mengejar dia!!
Mujur nyer achik kembar ada belikan buku untuk hakim. Mekasih yer achik aween ngan achik ayeen. Hakim sayang achik kembar ketat2!!!
Dalam adegan kejar mengejar, mama hakim sempat rembat beg ngan stokin untuk hakim..hehehe. Bukan rembat sesaje ekk mama bayo tau! Tengok kat gambo tu, a'ah beg ngan stokin CAR :-)
Sampai jumpe lg..wassalam.
BERPOYA-POYA DI ARI SABTU!
Friday, 13 April 2012
DAH MULA DAH...ADOI!
Assalamualaikum..
Ntah dari mana hakim belajar menulis mama hakim pun tak tau. Tak perasan pun. Tapi tetiba tadi nampak hakim pegang pen, ingatkan dia tak tau guna. Rupa2 nyer dia tau nak tekan montot pen tu untuk menulis.. Adoiyai pasni takleh sepah2 dah pen atau pensel. Sebab tahap kreativiti si anak dari menulis kat kertas dah sampai ke dinding.. Nampak tak gambo di atas? Tu baru sikit tu. Kalau dibiarkan haruslah dinding umah bercorak abstrak gitu.
Sampai jumpe lg..wassalam.
BUSY & DIZZY..
Assalamualaikum..
As usual, friday is super busy day. Plus today i got super dizzy. Last tuesday dah gi check up, blood presure normal.. So the doctor gave me pills as always for dizziness and nausea.. Ntah sampai bila nak bergantung dengan ubat. Si chenta ati meragam malam tadi. Lepas pukul 5 pagi baru dia lena tido.. Sian incik joni, keja pagi pastu malam kena gi sabah. Isnin balik.
Harap2 hakim baik malam ni sebab esok mama hakim keja..
Sampai jumpe lg..wassalam.
I AM NOT PERFECT #3
Sekadar peringatan buat diri sendiri.
Wanita ideal adalah yang setia pada suaminya yang selalu menjaga kecintaan kepadanya, sama ada sebelum melahirkan anak ataupun selepasnya. Dia percaya bahawa suaminya adalah batang pokoknya, sedangkan anak-anak adalah cabang dari pokok tersebut.
Thursday, 12 April 2012
TEA TIME


Assalamualaikum..
Minum petang ari ni. Sebab terpedaya ngan wahida td maka mama hakim pun membodek incik joni ke sini. Nak tggu birthday lambat lg so tak yah berlengah lg terus terjah secret recipe kat mydin nih.
Pilihan ati mustila strawberry mashmellow ngan chocolate indulgence! Mekasih ye babah.. Mama sayang babah sgt2!
Sampai jumpe lg..wassalam.
KOSONG..
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong 2x
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong 2x
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong .. kosong..
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong.. kosong..
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-kosong-najwa-latif.html#ixzz1roNlf0AZ
AIR KELAPA MUDA..LAYANNN.
RAGAM SI ANAK
Tuntutan kerja baru2 ni membuatkan mama hakim tak sempat nak gi jengah blog semua. Kalau sempat baca pun tak sempat nak komen. Kesihatan pun tak berapa baik skang ni. Pening2 dan sakit pinggang especially at that time of the month!!
Nak cerita pasal chenta ati mama hakim yang seorg tu, Azizul Hakim J
PANASONIC VS SONY
Tuesday, 10 April 2012
ICE CREAM TIME!!
Assalamualaikum..
Ni la rupe budak dapat aiskrim..
Sementara tunggu incik joni petang tadi, sempat la mama hakim 2 beranak melantak double scoop regular nih. Flavor favorite haruslah chocolate mint. Nyumm! Hakim makan sampai nyampah dah. Last2 mama hakim yang abeskan. Lokasi? Kat Aeon Megamall Melaka. Tetiba kan..padahal ari ni selasa. Esok baru la cuti. Alkisah panjang cerita nyer sampaikan terpaksa 3 orang sekeluarga ini menjejakkan kaki ke melaka.
Sampai jumpe lg..wassalam.
