Jumaat lepas mama hakim balik kampong, internet takat 2G je macamane nak online kan.. Ahad malam sampai USJ, isnin dah heboh2 ngan keja. Then tetiba ari selasa terpakse lagi menjejakkan ke Melaka. Makne nyer mama hakim balik kampong incik joni sekali lagi. So malam tadi kul 11 lebih baru sampai USJ semula.
Nak cite pun tak tau nak start dari mane. Agak kelakar jugak bila dikenangkan.
Bermula nyer ari sabtu, tibi kat umah mertua tetiba ilang kaler. Jadi tibi itam putih pulak. Disebabkan kami 3 beranak dah bercadang nak gi jalan2 kat Melaka, kami pun singgah la Aeon Megamall Melaka yang besa gedabak kat Cheng untuk membeli tibi baru brand Panasonic. Sebelum tu sempat gi minum Coconut Shake kat Klebang tau J
Alkisah nyer ahad malam on the way balik USJ, mak mentua call cakap tibi tak bole on. Aikk? Bukan ke tibi baru beli?? Cite nyer membawa ke ari isnin. Mak mertua kata kalau bole balik lah tgk ape yg tak kena ngan tibi tu.
Selepas berdiskusi, mama hakim setuju nak amik cuti ari khamis sebab rabu memang cuti. Tapi tak kesampaian bila ari selasa pagi hakim buat perangai tak bagi mama hakim bersiap gi keja, dah la tengah sakit perut senggugut. Incik joni plak baru balik dari keja malam. Maka nyer mama hakim gi klinik amik mc dah kami 3 beranak terus la memulakan perjalanan balik ke kampong semula..
Sampai kampong rehat2 makan tengahari then terus gi Aeon semula. Tuka tibi brand Sony plak. Dah tentu takkan jadi pape. Insya Allah.. So setakat jam 10 pagi ni mak mertua takde call bagitau pasal tibi. Kira ok lah tu kan.
Lega nyer dah dapat menyembur segala terbuku di ati..hehehe.
Sampai jumpe lg..wassalam.