Sengih je la..heheh. Lagipun doktor tu dah kenal sangat muka yg asik kuar masuk hospital nih J
Sampai bilik wad, incik joni anta beg & mama hakim pun terus la tido sebelum dikejutkan untuk pasang mesin pengesan jantung baby tuh. Oh pasal mesin tu sebenar nyer baby dalam perut cukup menyampah! Nape mama hakim cakap camtu? Sebab setiap kali acik misi datang pakaikan, dia akan tendang balik. 2-3 kali gak acik misi kena datang untuk betulkan. Bila dipasang dengan betul, kita akan dengar degupan jantung baby kan. Tapi bila baby dah tendang, bunyi lain lak yg kuar. Macam siren gitu. Lepas selesai, haruslah mama hakim upah si baby dengan koko crunch semangkuk ngan susu. Baru baby tido balik hehehe..
Esok nyer, induce kali pertama.. dah terasa sakit tapi bukaan cuma 1cm. Induce kali kedua, terasa dah contraction makin kerap tapi still bukaan 2cm. Lepas kali ketiga, doktor dah tanye kalau2 mama hakim nak operate je. Masa tu airmata jangan cakaplah. Dah xde rase malu dah. X peduli pun orang keliling tengok. Ari kedua kat hospital, sakit nyer jangan cakaplah. Contraction memang dah semakin kerap cuma bukaan 3cm je. Last2 acik misi inject ubat tahan sakit. Xde makne nyer pun, sakit tetap ada tapi mama hakim tertido sepanjang ari. Incik joni datang pun mama hakim tido je.
Akhir nyer ari ketiga bersamaan 30 Jun 2010, bukaan dah jadi 4cm. Dalam pukul 4 petang mama hakim di tolak dalam Labor Room. Incik joni pun excited dah menunggu J
Disebabkan mama hakim dah sakit sangat sejak semalam nyer lagi, acik misi sekali lagi inject ubat tahan sakit. Mama hakim terlelap sambil menahan kesakitan. Incik joni pasang earphone kat telinga mama hakim dengar ustaz mengaji pun mama hakim sedar x sedar je. Tangan ni dah x peduli pun pulas tepi katil tu. Ntah bape kali incik joni kuar masuk gi solat, doktor kuar masuk cek bukaan pun mama hakim x brape sedar. RUGI sgt2 rase nyer..
Tetiba bunyi jantung baby dah berubah rentak. Doktor kate dah xde pilihan lain selain operate. Padahal masa tu bukaan dah pun 7cm. doktor kate kalau tunggu sejam dua lagi memang leh bukak abis, tapi baby macam dah lemas. Incik joni redha je, demi mama & baby kan. So mama hakim terus di transfer ke bilik bedah, acik2 misi buat keja laju2 & siapkan mama hakim untuk di operate.
Alhamdulillah 1 Julai 2010 jam 4 pagi, mama hakim di kejutkan ngan suara tangisan baby. Xde pikir ape dah terus nanges! Besar nyer kuasa Allah! Lepas dimandikan acik misi tunjuk jantina baby kat mama hakim. Lelaki J pastu dia cakap nak bagi baby kat incik joni untuk diazankan.. Barulah ketika tu mama hakim betul2 terlena.
Recycle gamba dr entry ni.
2 komen:
kenangan terindah kan..
WWK, kalau bole nak ingat sampai mati :)
Post a Comment