Pembaca Blog Setia

Monday, 30 April 2012

SAYU HATI MELIHAT SI DIA..

Assalamualaikum..

Sepatutnyer sekarang ni mama hakim tengah bersiap nak gi keja tapi... Bukan sengaja mengambil kesempatan sebab esok cuti tapi..

Anakanda terchenta jatuh gering. Sejak kul 8 malam tadi anakanda terchenta muntah2. Minum skit air terus muntah. Alhamdulillah selama ni Hakim bukan seorang yang mudah jatuh sakit. Mungkin sebab dia masih 'berkasih sayang' ngan mama hakim.

Malam tadi mama hakim ngan incik joni terus bawak hakim gi hospital Serdang. Bila tengok hakim tak bole tido dan asek muntah2, tahap kerisauan terus meningkat. Dalam hati tak putus berdoa agar anakanda terchenta dapat bertahan dan takde ape2 yang serius terjadi. Dalam tempoh menunggu pun Hakim muntah2 lagi. Sayu hati melihat dia..

Alhamdulillah, setelah diperiksa doktor, Hakim dibenarkan balik berbekalkan antibiotik dan ubat demam. Tonsil nyer bengkak.

Anakanda terchenta Azizul Hakim, semoga awak cepat sembuh ye. Mama ngan babah tak sampai ati tengok keadaan awak tak bermaya macam ni. Disebabkan awak takmo menyusu botol dan makan, mama sanggup berkasih sayang ngan awak sekerap mana pun awak nak.. Janji awak aktif balik.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 komen:

Chekpid said...

sian hakim, cepat sembuh ye. time baby ai dulu kami dapat ubat spray dari doktor, utk kebaskan dalam mulut then boleh la baby makan or minum tanpa rasa sakit.

mamavogue said...

Chekpid, ubat spray? Bagaimanakah rupa nya? Sebab hakim nak mkn, tp takut nak telan.. Sakit agaknyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger