Pembaca Blog Setia

Tuesday, 3 April 2012

GOING DOWN TO MEMORY LANE #3

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhir nyer incik joni dah balik! Masa tu kandungan mama hakim nak masuk 7 bulan. Mula merancang aktiviti mengabiskan duit..hehe nak beli barang baby la. Kebetulan nyer Jusco Midvalley buat sale pulak! Memang mama hakim xde ape2 barang atau baju pun lagi. Orang sekeliling cakap kalau kandungan pertama xyah eksaited nak beli barang baby awal2. Sebagai orang yg mendengar kate mama hakim ikutkan je. Elleh sebenar nyer nak gi shopping ngan sape kan sbb incik joni xde!

Dengan bersemangatnyer lepas subuh, kul 8 pun lepas subuh kan..terus gerak padahal x jauh pun USJ ke Midvalley. Punye la penuh Jusco time tuh. Kaki dah kejang2 berjalan, nak kena berhimpit pulak. Akhir nyer berjaya memenuhkan troli ngan bath tub, pampers, napkin, mandian & losen (kecil & besa), stroller, beberapa pasang baju cumell, blanket, tilam dan seangkatan dengan nyer. Mujur la parking jockey, xyah la terhegeh turun cari parking pulak.

Ok dah sampai part yg tragis cheh! Dugaan dtg lagi.. Mungkin Allah pilih mama hakim untuk pastikan yg mama hakim btul2 bersedia nak menjadi seorg mama. Ngam2 kandungan mama 7 bulan, mama hakim dah pecah ketuban. Memula macam selamba je, masa tu baru nak mandi petang. Duk kat kusi sembang2 ngan incik joni, tetiba rase macam terkencing padahal xde perasaan nak terkencing pun. Mama hakim pun berdiri la nak ke bilik air tapi lum sempat melangkah sekali lagi terasa air keluar. Dah meleleh-leleh pun. Beg nak bawak gi hospital pun lum kemas. Mama hakim tepon kawan yg masa tu dalam pantang, dia cakap baik gi hospital cepat, ramai je yg terberanak masa kandungan 7 bulan. Incik joni terus capai henpon, purse, buku merah mama hakim masuk beg. Kami ke klinik dulu untuk pengesahan. Bila doktor kat klinik pun dah suh gi hospital, mama hakim pilih utk ke Hospital Serdang. Sampai kat Emergency, terus register dan diperiksa dan terus gak kena tahan wad! Masa tu malam dah pun.

Incik joni balik setelah mama hakim menyampaikan amanat heheh. Esok dia akan dtg bawak segala barang yg perlu. Lame gak duk wad, 10 ari gak rase nyer. Dalam masa 10 ari tu mama hakim diperhati dengan rapi tapi bukan lah doktor tu duk tenung 24 jam kan.. Cuma doktor cakap sel darah putih lagi tinggi dari sel darah merah. Dengan rela mama hakim terpakse melantak iron pil tu 4 biji setiap ari. Tapi sebab baby lum nak kuar lagi mama hakim yg kuar hospital J

Oh sebenar nyer sampai mama hakim mengandung 8 bulan lebih, kami xtau jantina baby. So mama hakim cari nama untuk baby boy iaitu Azizul Hakim, incik joni cari nama baby girl iaitu Alisya Hannah.

Alkisah nyer x sampai bape ari mama hakim kat umah, lagi sekali air ketuban kuar. Kali ni kena tahan seminggu je. 3 ari kemudian, kena tahan 15 ari..huwaa! Sian incik joni hampir setiap ari ulang alik gi hospital bawak makanan untuk isteri dan baby terchenta. Bila kali ke 4 kena tahan, doktor dah siap2 bagi tarikh untuk bersalin, 28 Jun 2010. Takut baby terkena kuman. Kalau ikut kehendak mama hakim, memangla nak bersalin normal so mama hakim akan di induce supaya bukak laluan nak bersalin.

Penat dah baca?

Ok2 akan ade part 4 la nampak nyer.. kalau bole mama hakim nak taip setiap detik tau, nak buat kenangan masa dah tua nanti J Kalau xtau nak buat ape, boring2 tu jemput2 la baca sampai abis ye..
 
Sampai jumpe lg..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger