Assalamualaikum..
Tengoklah muka budak yang rindu sangat ngan babah dia ni. Pakai topi babah dalam keta tak mau turun lepas mama hakim amik dia balik dari umah pengasuh..
Aduiyai la anak.. Setiap kali lepas parking keta Hakim akan pandang ke arah balkoni umah sambil jerit panggil babah dia. Bila mama hakim cakap, babah takde la dia buat muka tak puas ati sambil cakap 'takde? takde?'.. Dan selepas itu berlaku lah adegan tarik menarik dan airmata. Mama hakim pasrahh! Cuma 2-3 ari ni Hakim ok skit. Bila mama hakim kate babah takde dia terus diam.
Harap nyer berterusan la sampai Hakim jumpe babah dia nanti.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Pembaca Blog Setia
Friday, 29 June 2012
MERAUNG..!!
Thursday, 28 June 2012
TERLIUR..!
Wednesday, 27 June 2012
TAK SANGKA..!
DEJAVU DI KINABALU..
Tuesday, 26 June 2012
COUNTING DAYS..
KEPENINGAN MELANDA..
Monday, 25 June 2012
BLOGGER PETITE..!
Friday, 22 June 2012
MENGUBATI KERINDUAN SI ANAK PADA SI AYAH
I AM NOT PERFECT #12
Wednesday, 20 June 2012
DIA DAH TIDUR.. SSHHH!
Assalamualaikum..
Sepanjang ketiadaan incik joni, ni la kali pertama Hakim tido sebelum berita TV9 abes.. Tido berbantalkan kain pelekat babah..
Mujur nyer mama hakim dah bagi dia makan sebelum maghrib tadi. Dinner kami malam ni makaroni goreng je ditambah dengan nugget ayam. Moga lena si anak terlangsung sampai ke pagi. Walaupun tau memang tak mungkin lah kan. Hakim mesti bangun mintak susu, tiap-tiap malam pun. Mata mama hakim pun dah terasa berat nyer sementara tunggu isyak nih! Bahana tak cukup tido melayan si anak nak bermanje.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Sunday, 17 June 2012
KEPENATAN...!
Assalamualaikum..
Lokasi sekarang kat umah maklong Hakim.. Saje bawak dia ke sini, bole la dia main ngan sepupu2 dia yang 6 orang nih. Hakim bangun tido kul 8 pagi tadi, kul 11 sampai sini dan kul 2.30 dia dah terlelap. Kepenatan berlari dan bergelak ketawa ngan sepupu2 dia.
Mama hakim? Duk bergolek sebelah Hakim sambil tengok Nona.. Oh kat sini Hakim ade sepupu yang baru je genap umo 2 tahun ari jumaat 15 Jun yang lepas. Gamba yang bawah tu. Pesaing hebat Hakim nih, asek berebut mainan je..
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Saturday, 16 June 2012
MEMANG DIA RINDU...!
Dalam bilik, luar bilik sampai ke pintu depan di ketuk nyer.
Betul lah dia rindu ngan babah..
Sambil ketuk pintu sambil panggil babah..
Cuma tengok muka babah melalui video call..
Cuma dengar suara babah melalui henpon..
Mama kesian tengok Hakim..
Mama lipat kain pelekat babah, Hakim peluk masa tido..
Hakim sayang, sabar ye..
Nanti mama amik kain pelekat babah bagi awak..
Kita terbang gi Kota Kinabalu..hihi.
Friday, 15 June 2012
HIM..
Assalamualaikum..
Call me crazy..
Call me freak or weirdo..
Call me whatever u want..
But i always bring anything that belong to him in my handbag wherever i go..
Can u see his little socks??
Sampai jumpe lg..wassalam.
TAKING A BREAK...!
Wednesday, 13 June 2012
FIRST NITE WITHOUT HIM..
Assalamualaikum..
Ni name nyer entry ngengade..heheh. Macam la sebelum ni tak penah kena tinggal. Cuma kali ni perasaan ngade tu lebey skit!
Harap sangat Hakim tak banyak ragam. Aksi manje2 tu wajibla ade, acah2 takmo gi umah pengasuh, asek nak bergantung berkasih sayang dan yang latest asek lah nak suh bukak peti ais. Mungkin sebab dia tau kat dalam tu ade calci-yum, dutchlady kid, jelly dan of kos askem untuk mama.. Letih melayan kehendak yang tu!
Bab makan tak kesah sangat, Hakim makan ape saje yang mama dia makan. Jangan babah cakap awak kurus bila dia balik nanti sudahlah. Mama kurus takpe..heheh.
Hakim, awak rindu babah tak? Jap lagi kita call babah ye. Tunggu babah abis keja. Gamba latest yang dirakam ari isnin lepas kat Kids Funland KFC KLIA.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
WORDLESS WEDNESDAY
Tuesday, 12 June 2012
GREEN APPLE CELERY @ SECRET RECIPE
Assalamualaikum..
Ari sabtu lepas mama hakim berdua lunch kat secret recipe. Amik set menu tomyam spagetti ditambah kek absolute choc ngan air apple celery untuk Hakim.
Kalau orang tengok memang nampak macam mama hakim ni tak berhati perut kan.. Selambe biar anak minum air sejuk camtu even mama hakim mintak ais kurang. Bukan nyer mama hakim tak penah kena tegur, ade gak beberapa kali disindir oleh mama2 lain. Lain orang, lainlah cara nyer kan.. Insya Allah dalam masa yang sama mama hakim tak penah abaikan kesihatan Hakim.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Saturday, 9 June 2012
BONDING TIME..!
Assalamualikum..
Oh I just love this moment. Its been quite some time since we last had real mother-son moment. The time when only two of us doing things together..hehe. Incik joni jangan jeles ye..
Plan semalam nak keja ari ni tapi pepagi ujan plak terus terbantut niat nak gi opis. Incik joni gi Singapore dah awal tadi so tinggallah mama hakim 2 beranak kat umah. Lepas siap jemur baju yang dimesin malam tadi mama hakim panaskan baki mee goreng. Bila tengok hakim dah rimas2, mama hakim pun terus mandikan dia. Rindu nyer rase nak belek2 budak bijak ni. 5 ari bukan mama hakim yang mandikan, tu yang rase macam lame benar tak luangkan masa tengok dia.
Lepas gosok gigi, mandi & syampu bermula la satu lagi saat yang paling mama hakim suka, pakaikan baju. Sebelum pakaikan baju, mama hakim masih lagi akan urut badan hakim ngan minyak baby johnson. Hakim pun tau je nak meniarap terus bila nampak mama hakim amik minyak. Mama hakim urut belakang dia dari bahu sampai kaki. Pastu bila dia terlentang, mama hakim start urut dari muka, bahu, tangan, badan sampai ke kaki. Hakim pun enjoy je bila kena urut... Pas sapu bedak dan pakai baju, lagi sekali mama hakim picit2 skit badan dan kaki dia.. Jangan kuat2 tau, picit2 manje gitu. Lepas siap semua, haruslah hakim mintak berkasih sayang dulu. Memang dari kecik lepas mandi je hakim mesti mintak dulu. Kadang2 sampai tak menyempat nak pakaikan baju..tapi itu dulu.
Dalam kepala otak skang ni sibuk merancang ape aktiviti yang nak dibuat bersama ari ni sementara tunggu incik joni balik petang kang. Malam ni pulak nak balik kampung, sebelum incik joni outstation next week. Mujurnyer incik joni akan balik sebelum start puasa nanti.
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Friday, 8 June 2012
MILO OH MILO..
Assalamualaikum..
Gini ler gaya si budak Hakim bila mama hakim singgah kedai lepas amik dia. Hajat hati nak goreng mee je malam ni tapi incik joni lum balas sms lagi. Haruslah di tanya dulu, kalau2 boss takmo makan mee tak ke haru nak masak nasi plak..hehe. Hakim plak macam biasa akan mengepau mama dia sebarang dua benda. Selalu nyer mama hakim belikan susu kotak dutchlady ataupun milo. Tapi disebabkan kedai tu takde air kotak, terpakselah dibelikan yang tin.. Tersenyum puas ati tau dapat mengepau mama. Kalau tidak dilayan maka akan terdengarlah raungan beserta aksi meronta takmo naik umah. Seksa nak mendukong budak nih naik ke tingkat 3!! Oklah nak siang2 bawang selongkar peti ais dulu ni.
Sampai jumpe lg..wassalam.
WEEKLY..
Assalamualaikum..
Weekly progress report = weekly headache!
Sakit tengkuk ngadap nih! Cepat la siap wahai report...
Sampai jumpe lagi..wassalam.
I AM NOT PERFECT #11
Thursday, 7 June 2012
BABY LAA SANGATT..!
Assalamualaikum..
Ntah ape percubaan yang dilakukan oleh Hakim. Tetiba duk selongkar box yang tersimpan socks & mittens masa Hakim baby dulu.. Pastu siap pakai, merangkak lah bergulinglah buat gaya ala ala baby berusia 2 bulan plak..
Hakim, awak dah nak masuk 2 tahun tau. Mama tengah menghitung hari nak beli ice cream cake BR ni. Mama plak yang tak saba..haha!
Tapi rindu pulak dengan Baby Hakim yang lahir 1 Julai 2010..
Sampai jumpe lg..wassalam.
MELAMPIASSS...!
Wednesday, 6 June 2012
WORLD’S MOST EXPENSIVE DIAMOND!
HAPPY BIRTHDAY DEAR FRIEND!!
Monday, 4 June 2012
NTAH NAK LETAK TAJUK APE!!
DEVELOPMENT OF A TWO YEARS OLD BOY..
p/s: bulan yang sangat sibuk dan semak.. Incik joni kena gi Sabah pulak!
Saturday, 2 June 2012
DIAMOND OF MY HEART..
Assalamualaikum..
Semalam mama hakim gi makan steamboat kat Kg. Melayu Subang. Lepas keja terus gi amik Hakim dan pecut ke sana. Budak yang sangat baik ni pun makan steamboat gak.
Hakim, awak sangat sweetlah. Pandai menghibur dan mengambil ati. Tak rugi mama makan ABC ngan cendol ari2 mase ngandungkan awak..heheh. Dalam ati mama, awak umpama berlian yang tak dapat dinilai tau. Hadir nyer awak membuatkan hidup mama lebih bermakna dan berseri-seri. Nak tido, senyum2 tengok awak kat sebelah. Bangun tido pun senyum2 nampak awak. Syukur Ya Allah atas nikmat Mu ini.
Sampai jumpe lg..wassalam.
Friday, 1 June 2012
MY LIFE SAVER..
Assalamualaikum..
The only thing that will keep me sane in this hectic workload! The smell will surely make me smile again.
So no more blogging, no blogwalking and no more facebook for a while..
Sampai jumpe lg..wassalam.
I AM NOT PERFECT #10
