Pembaca Blog Setia

Monday 4 June 2012

DEVELOPMENT OF A TWO YEARS OLD BOY..

Assalamualaikum..

Tak lama lagi Azizul Hakim bin Dzulkhairi akan berumur genap 2 tahun J Senang nyer dalam hati bila dapat tengok Hakim membesar dengan sehat dan aktif. Membesarkan seorang anak memang banyak dugaan dan cabaran nyer. Yang penting mama hakim dan incik joni sentiasa berusaha memastikan segala yang terbaik buat si anak terutama keperluan fizikal dan mental, jasmani dan rohani. Semua ibubapa nak anak mereka membesar menjadi insan soleh dan taat, berguna dan berjasa pada agama dan bangsa kan.. Jauh nyer mama hakim merepek. Sentimental plak tetiba..

Perkembangan si kecil berusia 2 tahun pasti nyer membuatkan hati mama2 dan papa2 rase seronok sangat2. Si kecil berusia 2 tahun sudah boleh mula berkomunikasi dengan kita. Dia dah mula belajar perkataan baru, membuat ayat dan dapat memberitahu kehendak hati dengan lebih baik. Dia akan mula bercerita tentang diri nyer sendiri, aktiviti yang dilakukan, ape yang dia suka dan tak suka. Masa ni juga akan timbul konflik sekira nyer kita tak perasan dengan apa yang cuba si kecil sampaikan jadi cuba2 la galakkan si kecil bekerjasama dengan kita J

Masa ini juga kita bole bawak si kecil untuk periksaan kesihatan dan bole la kalau nak tanye 1001 soalan kat doktor/jururawat yang bertugas. Selepas itu, kena buat pertimbangan untuk diapers-free atau toilet training. Nanti mama hakim terangkan details pasal toilet training ye.



Untuk perkembangan Hakim setakat ni, dia seorang yang cepat meniru perbuatan orang lain terutama perbuatan rakan sebaya. Percakapan mama hakim dan incik joni juga terpakse dikawal sebab ade je yang dia akan ikut sebut. Bila pegi tempat yang baru, Hakim akan jadi ‘little explorer’ dengan penuh keterujaan. Hakim juga dah mula mengenal binatang, walaupon lum penah gi zoo sebab Hakim kenal binatang dalam Ipad je J so zoo dah masuk dalam list untuk family trip!



Hakim sangat cepat belajar dan mudah faham arahan. Mintak tolong amikkan remote tibi, simpan mainan, tutup tibi, gi mandi dan banyak lagi lah arahan dari mulut mama hakim yang tak reti diam nih..hihi. Yang penting kena bagi Hakim paham tindakan mane yang positif, mane yang negatif. Part tu memang agak memeningkan kepala! Semuga mama hakim dan incik joni dapat menjalankan amanah Allah yang satu ni dengan baik.




p/s: bulan yang sangat sibuk dan semak.. Incik joni kena gi Sabah pulak!


Sampai jumpe lg..wassalam.

4 komen:

mrspuex said...

owhh...teringat zaman keletah aireen masa umur 2 tahun..becok yang amat amat..senyap bile tido saja..:D

Ayu said...

Syukur alhamdulillah...dah besar dah dier..Yayan rupanya tua 5 bulan je dari Hakim yer...:) Yayan dah 2 thn 5 bulan. Tu la, same la ngan Dak Yayan tuh, suka sangat niru apa org buat.Especially YM.Apa yang YM buat, sekejap je dia dpt.Haihhh....huhu...

aizamia3 said...

seronok bila tengok anak2 membesar depan mata kan.. ;)

lelamaisara said...

Same dengan alesya...sekarang ni mulut dir aje la yg paling becok kat umah.pot pet pot pet aje mulutnye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger