Pembaca Blog Setia

Wednesday 27 June 2012

TAK SANGKA..!

Assalamualaikum..


Petang yang syahdu diiringi ujan lebat.. Sangat lebat sampai tak nampak kat luar tu. Sejukkk.. Baru la bole menaip dengan tenang dan aman. Takde la yang membaca pun mengah2 kan..
Pasal nak gi Sabah..eh tak abis lagi rupe nyer.. Lambat lagi nak pegi, dekat ujung2 incik joni nak balik nanti. Mama hakim pegi seminggu je. Jadi la buat lepas mengidam nak sangat pi panjat kaki Gunung Kinabalu. Kaki gunung je yekk. Nak ke puncak ntah bila umur, nak bawak badan pun terhegeh-hegeh..hihi.


Alkisah nyer incik joni luluskan permohonan secara tak langsung mama hakim tu, sebab anakanda terchenta tu la. Rumah kami ni ade 3 bilik, tapi dulu2 mama hakim berdua je ngan incik joni kan. So satu bilik tidur, satu bilik persalinan (bilik segala almari baju sebenar nyer) dan satu lagi kami buat surau kecil. Dalam surau tu, ade tempat gantung baju, mama hakim gantung baju melayu yang incik joni pakai untuk ke masjid dan jugak sweater/jacket yang incik joni pakai untuk merempit. Malam tadi lepas maghrib, mama hakim tutup lampu surau tapi Hakim masih lagi duk dalam tu. Mama hakim buat tak peduli je terus duk depan tengok tibi. Tapi lepas 15 minit Hakim tak kuar, risau gak dia buat ape dalam keadaan yang tak bape terang tu kan. Bila mama hakim panggil dia, dia berlari kuar dengan jacket babah di tangan. Ooohh.. Main ngan baju babah rupe nyer.


Sebenar nyer mama hakim pun tak terbayang betapa rindu nyer Hakim pada incik joni. Sampai dia bole leka duk dalam keadaan tak bape terang main ngan baju incik joni. Sengaja mama hakim tak ambik baju tu. Biarlah dia main puas2. Tapi tak lama, dah mengantuk agak nyer sebab lepas tu dia membuang isi perut. Lepas mama hakim cuci dan tuka pampers, dia pun lena sambil berkasih sayang. Bak kate incik joni, Hakim sangat bertuah sebab lahir zaman serba canggih. Masih bole dengar suara dan tengok muka walaupun berjauhan. Kalau dulu2 kan bersurat-surat bagai. Pastu makan berminggu berpurnama nak tunggu sampai dan dibalas. Bayangkan kalau mama hakim terpaksa bacakan surat dari incik joni untuk Hakim.. “Kehadapan anakanda yang dirindui, semuga anakanda berada dalam keadaan yang sehat hendaknyer. Ayahanda di sini juga sehat2 sahaja.” (sambil menaip sambil gelak terbahak-bahak depan komputer)


Sabo je la kan..haha! Jahat betul gelak mama hakim nih! Memang ni ayat incik joni mase tu. Mama hakim dah sakit2 perut ketawa masa incik joni call. Ade je lagi panjang lebar ayat nyer tapi tak kuasa nak menaip. Tak larat nak tahan ketawa, bila orang kiri kanan muka serius buat keja! Panjang sungguh dah karangan nih. Karangan tahap SPM dah ni. Mama hakim ni kalau diberi peluang memang panjang bebelan nyer. Nanti mata korang berpinar plak J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

4 komen:

IntaNBerliaN said...

hihiii mcm nk buat surat cikgu suruh zmn sek je... :-)

Unknown said...

IntanBerlian,
panjng lagi sebenar nyer. Ye la teringat karangan surat tak rasmi heheh..

mrspuex said...

mesti kiut jek hakim sarung jeket papa joni kan?? rindu sgt gamaknye tuh..mesti uols sedang menghitung hari nak pi sane kan??hihi..

Unknown said...

mrspuex,
uols? no no no..
tak bole bgtau hakim awal2..
kang dia terlebih eksaited, mau nyer tiap2 ari dia ungkit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger