Pembaca Blog Setia

Tuesday, 7 August 2012

AKHIR NYER.. SAYA LEGA!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang barakah buat semua.


Akhir nya dilemma yang mama hakim hadapi sejak minggu lepas dah pun menunjukkan penyelesaian nyer. Walaupun bukan lagi seratus peratus tapi nampak nyer Hakim paham ape yang mama hakim cuba bagitau kat dia. Terima kasih jugak atas komen-komen sokongan dari YM ngan Chekpid. Tapi kalau ikut kata teratakhati, alamat nyer sampai bebila la Hakim tak berenti berkasih sayang..hihi. Mama hakim tau teratak hati cuma bergurau J



Alkisah nyer bermula sabtu pagi. Hakim ikut mama hakim ngan incik joni bangun sahur kul 5. Mama hakim yang bangun kul 5, incik joni 4 lebih dah terjaga dah..hihi. Lepas bersahur dan solat subuh, mama hakim baring-baring sambil tengok tibi. Hakim pun macam biasa terus landing kat atas lengan mama hakim belah kanan. Dia memang layan kalau sambil tengok tibi sambil berkasih sayang..! Sambil tangan dia try nak selak baju, mama hakim cakap pelan-pelan sambil peluk dia. Pujuk-pujuk jugak bagitau ‘mama sakit la awak, awak kan dah besa. Malu la kalau masih berkasih sayang’. Memula of kos la Hakim merengek, terus bangun pegi kat babah dia yang tengah bersiap nak gi keja. Nak mengadu la tu agak nyer. Bila incik joni dah gi keja, dia bergolek lagi sebelah mama hakim, mencuba untuk selak baju lagi. Mase tu perasaan mama hakim sedih sangat-sangat. Seriously! Terus mama hakim buatkan dia susu. Hakim merengek-rengek tak mau susu tapi mama hakim cuba kuatkan semangat bertegas ngan dia. Akhir nyer dia ambil jugak botol susu, minum dan tertido sebelah mama hakim.



Tengahari mama hakim buat-buat sibuk di dapur dan berkemas. Mama hakim tak duduk main ngan dia ataupun layan dia tengok tibi. Siap masak nasi dan buat sup ikan, mama hakim suap Hakim makan kenyang-kenyang. Alhamdulillah dia berselera makan. Akhir nyer petang sementara tunggu incik joni balik Hakim ajak baring, ngantuk dah rupe nyer. Sambil baring sambil cuba selak baju lagi, dan mama hakim yang sayu tengok dia pun bagi la Hakim berkasih sayang. Mulut ni plak membebel manje kat Hakim ‘sekejap je ye sayang, nanti malam tak payah ye. Hakim kan dah besa..bla bla bla’. Yang buat mama hakim terharu, si kecik ni terangguk-angguk kepala seolah paham.. Memang sekejap je dia minum, pastu terlena.


Malam, dia masih lagi nak berkasih sayang sebelum tido walaupun sebelum tu dah abiskan susu sebotol. Mujur ade babah tolong, akhir nyer Hakim tertido sendiri. Sepanjang malam plak Hakim tak meyusu sebab mama hakim tak dapat tido, takde la baring sebelah dia. Tu nanti cite lenkali.



Ni baru ari pertama.. Ahad dan Isnin mama hakim ada kat umah, berusaha bersungguh-sungguh untuk berentikan Hakim berkasih sayang. Tapi memang ade rasa sedikit ‘berat’ kat breast. Dalam masa yang sama macam ngilu pun ade. Setakat ari ni, dah nampak la Hakim memberi kerjasama dan menerima keadaan yang baru ni. Dia masih lagi berkasih sayang tapi sekejap-sekejap je dan takde la asek bergantung je macam dulu-dulu.



Azizul Hakim,
Mama tau awak paham ape yang cuba mama buat ni. Bukan mama nak halang awak berkasih sayang tapi dah sampai mase nyer untuk awak membesar menjadi seorang yang kuat dan berani. Walaupun nampak susah, tapi kita akan lakukan bersama dan harungi bersama. Semuga awak membesar menjadi seorang yang Gagah dan Berani seperti mana nama awak. Mama dan babah sayang awak sangat-sangat!



Sampai jumpe lagi..wassalam.

4 komen:

Ayu said...

bravo dear! I know u can!:-) hakim, mama sayanggg hakim, dun worry! :-)

Salina Mat Isa said...

Hehe..tak pe la kan..dah sampai masanya..

Unknown said...

YM, thanks dear..
tapi memang rasa terharu bila hakim macam memahami..

Unknown said...

teratak hati,
ye la dah sampai masa nyer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger