Pembaca Blog Setia

Wednesday, 5 November 2014

Fikir Yang Baik-baik, Sangka Yang Baik-baik Je

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bagi sesetengah orang (mama hakim yakin bukan korang pembaca blog TowMater nih) memang agak susah nak bersangka baik dengan orang lain sepanjang masa, kan.. Kadang-kadang mesti terdetik gak perasaan cemburu, menyampah atau meluat bila tengok perangai orang lain. Lagi-lagi skang ni zaman Facebook, semua perkara orang nak update kan.. Lagi la mudah kita buat dosa mengutuk orang dalam hati ni..huhuuu..

Malam tadi mama hakim dengar webinar yang bertajuk ‘The Power of Thoughts’ dan si penyampai ada memberikan beberapa contoh serta tips untuk kita tukar perasaan meluat, menyampah tu kepada sesuatu yang lebih positif. Ohh webinar tu macam seminar yang dihadiri secara online je. Dengar kat laptop, pc atau smartphone je, asalkan saja ada internetnya. Inilah salah satu kelebihan kalau join team Shaklee mama hakim. Kelas secara maya, dengar dari rumah je, tak perlu keluar malam tapi penuh dengan ilmu.

Ok berbalik kepada bersangka baik, Husnu Dzhon. Rasa-rasa korang kan, susah ke nak bersangka baik pada orang ni? Kenapa kadang-kadang kita bole terkutuk atau termengata orang dalam hati? Adakah sebab sebenarnya kita ada rasa tak yakin dengan diri sendiri? Kita tak yakin dengan kemampuan diri sendiri? Sebab tu kita pandang setiap perbuatan orang lain dengan perasaan iri? Yang ni mama hakim tak dapat jawab, tepuk dada tanya diri sendiri. Bersikap jujurlah pada diri sendiri..

Setiap kali scroll newsfeed Facebook, doakan yang baik-baik buat teman yang bermasalah. Kongsikan kebahagiaan bersama teman yang sedang bergembira. Lahirkan rasa simpati kepada yang sedang bersedih. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Dan jangan lupa update status yang boleh memberi manafaat kepada semua.

Tapikan korang, bersangka baik yang paling baik adalah bersangka baik kepada Yang Maha Pencipta. Bila kita didik hati untuk pandang setiap masalah dan ujian dari sudut yang positif, maka secara tak langsung seluruh hidup kita akan berubah 360 darjah. ALLAH takkan menduga seseorang melebihi kemampuannya. Jadi bila kita rasa dugaan tu terlalu besar buat kita, ketahuilah bahawa ALLAH memandang tinggi pada kita. DIA tau kita mampu sebab tu DIA bagi dugaan sebegitu.


Sumber : misslobak.blogspot.com


Mulakan dari sekarang, mulakan dari saat korang habis baca entry mama hakim ni. Tarik nafas, dan bersyukur sebab masih boleh bernafas. Yakin dengan sepenuh hati seperti mana ALLAH yakin kita boleh tanggung setiap ujian dariNya.

Husnu Dzhon, perkataan seindah perbuatan. Mulakan hari ni ye kesayangans..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

Anonymous said...

ollow balik dan singgah selalu http://bicarabihah.blogspot.com/ terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger