Pembaca Blog Setia

Wednesday 12 November 2014

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang manusia kan, kita tak lari dari perasaan sedih, kecewa dan rasa patah hati. Kadang-kadang perasaan tu berpunca dari seseorang atau sesuatu yang terjadi dan kadang-kadang ianya berpunca dari diri sendiri. Memang tak salah merasa sedih atau kecewa, cuma kalau boleh janganlah ia dibiarkan berlarutan pula..

Dalam keadaan yang sedih, sebaiknya kita kembali kepada Yang Maha Pencipta. Jumaat lepas mama hakim ada tengok rancangan Tanyalah Ustazah dan Ustazah Norhafizah cakap, merayu dan mengadulah hanya pada Dia. Merintih dan menangis lah sekalipun, Allah kan Yang Maha Mendengar dan Mengetahui.

Beberapa hari lepas mama hakim berbicara dengan seseorang yang sedang rasa sedih. Sedaya upaya mama hakim cuba naikkan kembali semangat dia sebab mama hakim tahu, dia memang seorang yang sentiasa bersemangat dan ceria. Moga-moga keadaan dia bertambah baik hari ini dan seterusnya.


Sumber : iluvislam.com

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bila kita rasa down dan sedih ni. Mama hakim nak kongsikan agar ianya memberi manafaat kepada semua. Semoga kita kembali gembira dan bahagia, takmo bersedih lama-lama.

Yang PERTAMA, cuba bantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan lebih bersyukur ‘Alhamdulillah, rupanya masalah kita takde lah seberat mana nak dibandingkan dengan orang lain’. Bantu dengan cara memberikan idea atau nasihat yang baik pun boleh. Kalau takde orang yang perlu dibantu disekeliling kita, cari sampai jumpa. Zaman Google ni senang je kan?

Yang KEDUA, hubungi mak ayah atau ahli keluarga kita. Bukan untuk mengadu masalah tapi cukuplah sekadar mendengar berita tentang mereka. Tanya khabar mereka, tanya mereka sedang buat apa. Kalau hubungi mak, tanya mak masak apa. Kadang-kadang perbualan ringkas macam tu pun  dah boleh memujuk hati kita yang lara..

Yang KETIGA, bersedekah terutama kepada kanak-kanak. Tak semestinya disini bersedekah duit pada fakir miskin atau peminta sedekah di tepi jalan. Memberikan sesuatu pada anak syurga kita pun boleh. Atau anak-anak jiran yang rapat. Senyuman tulus di wajah mereka memang akan membuatkan kita pun sama gembira.

Sumber : hayyatalinsan.blogspot

Cukuplah tiga cara mudah menggembirakan hati sendiri ni kan? Lainkali mama hakim kongsikan cara lain pulak. Tak susah sebenarnya nak hilangkan perasaan sedih tu, bantu dan gembirakan orang lain maka insya Allah kita juga akan lebih gembira.

Korang ada cara yang lain untuk merasa lebih bahagia? Meh la berkongsi dengan mama hakim.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

Nonny said...

Azney pernah lalui, baru nie azney keguguran so untuk rasa hilang kesedihan tue azney banyak luangkan masa dengan suami. hehehe

LydSunshine said...

Betul2 mamahakim. Semua yg awk listkan tu, betul2 mujarab. Semua saya lakukan kalau hati rasa runsing. Dan berkesan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger