Pembaca Blog Setia

Thursday, 12 July 2012

PASAR IKAN..!

Assalamualaikum..

Pagi tadi incik joni balik keja kul 10 dan kami terus ke pasar. Kira nyer pengalaman pertama si anak pegi tempat menjual ikan dan makanan laut yang segar2.. Mama hakim sendiri teruja ngan berjenis ikan yang kecik2 sampai la sebesar Hakim! Tapi si anak?

Memula melangkah masuk ke pasar, Hakim tutup idung sambil cakap 'cukk!' Tergelak kami mendengar ekspresi pertama Hakim pasal pasar tu. Pastu bila mula meronda, Hakim langsung takmo berjalan sendiri. Dia nak mama hakim yang dukung. Bila kami singgah gerai tengok ikan, dia menjerit! Takut ke geli ke tu mama hakim tak pasti..heheh. Bila mama hakim sengaja tunjuk dan dekat kan Hakim kat ikan atau udang yang besa2 tu, mesti dia menjerit! Hahaha..

Alahai la anak.. Mama teruja, awak plak takut ye.. Gamba tu sempat mama hakim rakam sebelum dia melekat berdukung. Pelik gak bila dalam keadaan camtu Hakim nak ngan mama dia je..hihi.. Walaupun Hakim menjerit, kami sempat menjala beberapa ekor ikan dan sekilo udang yang bole tahan besar nyer.. Nyumm!

Ketika mama hakim menaip, ujan sedang mencurah-curah kat luar.. Dari tengahari tadi gamak nyer.

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 komen:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

kat situ seafood memurah kn?hehe...rasa mcm nk hangkut bwk blk semenanjung jer... :-) enjoy the seafood taw, klu tak rugi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger