Pembaca Blog Setia

Tuesday 3 July 2012

MACAM MANE EKK??

Assalamualaikum..

Di celah2 kesibukan masa ni sempat lagi mencuri waktu untuk menaip..hihi. Dah keja nyer menaip so takde la nampak sangat mama hakim menaip untuk blog! Sila jangan tiru aksi ni ye..


Waktu rehat tadi masa tengah makan, mama hakim ngan member opis bercakap pasal perkara yang jarang kami bualkan. Agak ‘berat’ gak isu nyer. Biase nyer masa makan tu la kami meluah perasaan pasal keja dan gossip kat opis J Tapi bukan itu yang mama hakim nak cite, bukan pasal gossip atau isu ‘berat’ tuh. Tapi pasal kepercayaan. Macam mana nak tau yang seseorang tu boleh dipercayai? Ade simptom2 atau tanda2 tak? Then macam mana nak tau yang orang tu mula percaya pada kita?


Mama hakim percaya semua orang nak kan pandangan yang baik2 je kan. Sape plak nak orang lain pandang serong ke senget ke atau yang buruk2 pada kita kan… Kalau kita nak meninggalkan sesuatu tempat atau seseorang pun kita nak tinggalkan dengan kenangan yang baik2 je kan.. Agak2 paham tak? Kalau tak paham pun teruskanlah baca ye.. Please…hihi.


Mama hakim selalu cuba sepenuh tenaga samada dengan orang yang dah lama kenal atau pun baru, sedaya upaya cuba bagi good impression bak kata omputih. Dan mama hakim sangat cepat percaya pada orang. Agak nyer sebab terlampau mencuba, nampak hipokrit, fake atau palsu kut..huhu. Kena tipu atau di ambil kesempatan? Dah banyak kali kena tapi tak penah amik iktibar.. Sebab mama hakim pikir, mungkin ada sebab orang tipu atau amik kesempatan. Mungkin dia terpaksa.. Mungkin dia ada masalah sendiri.. Dan disebabkan perkara ni jugak incik joni selalu cakap mama hakim tak pandai cari kawan dan berkawan. Yeah? Kadang2 kita ni percaya kat orang beriya tapi sebenar nyer belakang2 orang tu mengata kita..kan? Kadang2 kita ni share heart and soul tapi orang tu menyebarkan segala nyer pada orang lain.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan kawan yang macam tu.


Oklah.. Takmo berat2 kepala baca entry macam ni di petang yang bizi ni J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

4 komen:

aizamia3 said...

bila dah terkena cukuplah sekali tu je ai percayakan dia.. pastu takde dah..

psstt: ai berani bawak sebab tempat tu senang parking.. lagipun kena belajar gak bawak dorang.. sebab en. suami bukan selalu ada kat rumah.. ;)

Unknown said...

aizamia3,
Paham maksud awak.. Tu la incik joni kate 'lembut ati' sgt mamavogue ni.

Ayu said...

Allah tu maha adil, apa yg kita buat kt org akan balik kt kita gak...so, klu kita ambiksmptn pd org lain, Allah akan bg hukuman setimpal dgn apa yg dia buat kn? So, mama hakim tkyh risau, kepercayaan dn kebaikan yg mama hakim bg tkkn sia2,:-) U such a gud friend, i know...:-)

Unknown said...

YM,
thanx dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger