Pembaca Blog Setia

Monday, 22 October 2012

KUAH KACANG DAN CUCUR KURMA..! #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 
Pagi-pagi letak gamba lontong kan..! Sebenar nyer mama hakim first time buat kuah kacang sendiri. Projek nak buat kuah kacang ni dari Aidilfitri ari tu sebenar nyer, terus membawa ke AidilAdha..hihi. Selama 29 tahun hidup ni, memang tak penah tau buat kuah kacang. Selama ni duk tolong kacau periuk je bila mak masak. Pastu bila dah kawen, mak mentua pun jenis yang rajin buat sendiri. Mama hakim tolong kacau je..

 
Sebenar nyer bila usia dah makin banyak ni, lagi-lagi dah jadi mama ni memang perasaan nak memasak segala benda sendiri tu membuak-buak. Ye la selalu kalau orang tanye masakan kegemaran kita, mesti kita jawab masakan mak kan..! Haa..teringin jugaklah kalau-kalau ada orang tanye Hakim nanti dia pun jawab cenggitu J tak ke bangga kembang berbunga hati mama nyer..hihi. Jadi mestilah berusaha dari sekarang supaya masakan kita menjadi kegemaran seisi keluarga.

 
Proses buat kuah kacang ni bagi orang yang dah biasa buat mungkin senang dan mudah. Tapi bagi mama hakim, setiap proses dan peringkat tak bole di ambil mudah. Bayangkan ler mama hakim dah siap-siap sediakan segala bawang, serai, gula merah, udang kering yang tengah berendam tetiba baru dapat tau blender rosak..! Aduiyai mau give up gak la time tu. Tapi dalam hidup ni, kalau mudah sangat putus asa macamane kita nak capai apa yang dihajati kan..? Jadi kena la ade plan B..!

 
Bila dah buat sendiri, step by step, stage by stage barula mama hakim tau betapa mak kita bersusah payah menyediakan semua ni semata-mata untuk kita di pagi raya. Sebelum ni mama hakim tau main request jer..huhu. Tu belum lagi rendang ayam/ daging yang confirm memerlukan masa yang panjang nak siap. Pernah tak mak mengeluh? Hmm.. Tak penah pun mama hakim dengar. Oh! Terima kasih Mak! Terima kasih Mak Mertua! Terima kasih buat semua Mak dalam dunia ni J

 
Cucur kurma tu mama hakim buat untuk breakfast ngan minum petang semalam. Incik Joni request nak breakfast yang ringan je takmo kenyang sangat. Lepas breakfast, kami gi anta kereta untuk check up dan memulakan misi mencari Taska untuk Hakim. Dari Little Qaliph ke Dzul Iman dan sampai la ke Brainy Bunch. Ade lagi Genius Aulad, Taska Al Kauthar dan jugak beberapa taska lain. Sedang mempertimbangkan lagi kemasukan Hakim ke taska. Masih tak putus berdoa agar Hakim cepat belajar berdikari. Dan masih tak putus berdoa agar apa-apa keputusan yang diambil memberi manafaat dan kebaikan buat si anak.

 
Cukup la kut membebelnyer mama hakim ni. Kalau ikutkan mau berjela sampai jadi novel lak nanti. Terima kasih kepada yang sentiasa bagi support kat blog Towmater ni J
Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

Cikgu Ma said...

sedap yea?
saya kurang minat dgn kurma...hihih

mamavogue said...

Cikgu Ma,
sudah cuba baru tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger