Pembaca Blog Setia

Monday, 22 October 2012

SI DIA.. YANG KU SAYANG..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Huii.. perasaan nak membebel aje rase nyer. Tak puas lagi dah menaip panjang lebar tadi. Alhamdulillah, tahniah pada mekchu sebab dah selamat bersalin, baby girl yang sangat cumell..! Skang ni tunggu berita dari IntanBerlian je. Moga dipermudahkan segala nyer. Anak ni kan satu anugerah, nikmat dan amanah. Mesti mekchu, IntanBerlian, mrspuex dan syawalsimpsons sangat seronok menikmati saat-saat ini.

 

Mama hakim pun seronok je melayan kerenah anak yang seorang itu. Walaupun makin besar makin banyak aksi-aksi cumell yang perlu ditangani dengan berhemah J Alkisah Hakim meragam takmo pergi umah pengasuh, macam-macam reaksi yang mama hakim terima kat fb dan jugak kat blog. Terima kasih atas segala nasihat, pandangan dan buah fikiran. Tak lupa jugak pada yang memberi kata-kata semangat dan dorongan. Betullah kate Acik Erna, dugaan buat ibu-ibu yang bekerja J

 

Sebenar nyer pengasuh Hakim baik-baik je. Mama hakim takde la gerenti seratus peratus tapi mama hakim pasti, dengan naluri seorang ibu yang Hakim mendapat layanan yang baik kat umah pengasuh. Kena marah tu biase la, sebab Hakim jenis yang suka memanjat,  melompat dan berlari keliling umah. Yang paling best dia akan ajak kawan-kawan lain buat camtu. So mama hakim paham kalau Hakim kena marah, dah tentu la rebut umah pengasuh tu kan bila keadaan tak terkawal macam tu. Setiap petang bila mama hakim amik Hakim, pengasuh memang akan bagi report ape yang Hakim buat. Kadang-kadang tengahari pun mama hakim dah Whatsapp kat pengasuh tanye keadaan Hakim J

Jadi kenapa Hakim takmo gi umah pengasuh? Kenapa dia meraung meragam tiap-tiap pagi? Sebab Hakim memang seorang budak yang terlebih kasih sayang J Kasih sayang mama hakim ngan Incik Joni melimpah ruah untuk Hakim..! Mungkin juga, mungkin sebab masa dalam perut Hakim tak dapat kasih sayang yang sepatutnyer. Maksud mama hakim, masa mama hakim pregnant, Incik Joni takde outstation sampai kandungan cecah 7 bulan. Pastu dah mama hakim duk spital plak. So masa bila nyer baby dalam perut nak bermanja ngan babah dia kan..!

 

Hakim sangat suka, sangat ceria satu ari bila dia bangun tido nampak mama hakim bergolek kat sebelah dan Incik Joni duk tepi dia sambil tengok tibi. Nampak dia seronok sangat bila dapat luangkan masa bertiga-tigaan je. Hakim akan sentiasa amik peluang duduk di antara mama ngan babah. Seolah-olah Hakim nak keadaan tu berterusan je, mama ngan babah duk ngan dia je.

 
Tapi inilah reality kehidupan. Tuntutan kerja Incik Joni yang selalu kena outstation dan berjauhan dengan keluarga. Mama hakim pun kena keja untuk menampung keperluan hidup yang tinggi sekarang ni. Dalam hati sentiasa terfikir untuk berhenti kerja dan membuat duit dari umah. Sedang mencari peluang untuk mencari rezeki tanpa perlu keluar bekerja 8-10 jam sehari. Bukan nak bermewah, tapi cukuplah sekadar dapat menampung keperluan keluarga. Lagipun sekarang ni jangan kata rumah, kereta pun dah jadi satu keperluan.

 
Haa.. Ni kalau dibiarkan mau juling bijik mata. Tiga mukasurat pun bole tau. Mama hakim ni kalau dah mula memang susah nak stop. So sebelum cecah 2/3 mukasurat, lebih baik mama hakim berenti dulu di sini. Ops..! Tetiba teringat bulan November ni Incik Joni ke Sabah, entah macam mane la aksi cumell Hakim bila rindu babah nanti..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

4 komen:

Kesuma Angsana said...

anak2 mmg permata hati kita , tq follow KA , n dah follow u juga 76 ye

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alololo comelnyer dia dgn spek mata tu eheee

mamavogue said...

Kesuma Angsana,
teringin gak nak sebut anak2..hihi

mamavogue said...

Wanieys,
Hakim mmg selalu over main spek babah dia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger