Pembaca Blog Setia

Monday, 29 October 2012

OH..! IBU MERTUAKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat hari isnin semua..!

Buat yang bekerja ari ni sama seperti mama hakim, memang monday bluessss pun tapi kita dah berjaya mengharungi setengah hari kan..! Cayalah..!

 
Seronok bercuti panjang, balik kampong dan berehat kat umah.. Aidiladha 1433H memang sangat lah biasa-biasa je bagi mama hakim sebab selain kami tiga beranak, hanya keluarga Angah je yang sememangnya ade kat kampong. Itupun Angah datang umah dah hampir tengahari, makan-makan pastu diorang lak bertolak ke Merlimau sebab mertua Angah nak buat kenduri. Lagi satu sebab kesihatan ayah mertua yang dah semakin dimamah usia, tak bole berdiri apetah lagi berjalan lama-lama. Sayu hati bila teringat mereka berdua tapi dalam hati sentiasa rasa kagum ngan mak mertua yang sangat gigih menjaga suami tercinta.

Mama hakim tau mak mertua sangat teringin menunaikan haji, bila dia tengok tibi, tengok umat-umat Islam yang berpeluang ke sana, bila dia bercerita tentang seorang kawan dia yang sama mendaftar dan dapat pegi tahun ni, mama hakim tau yang dia sangat-sangat teringin ke Mekah. Tapi Allah Maha Mengetahui, dengan keadaan ayah mertua yang keuzuran, mana mungkin mereka dapat panggilan untuk menunaikan haji kecuali Incik Joni atau adik nyer yang jadi peneman.

Setiap malam mak mertua mesti dah siap-siap tunggu depan tibi untuk tengok rancangan Salam Baitullah. Mak mertua penah gi umrah satu ketika dulu, mesti dia rindu sangat nak kembali ke sana.. Insya Allah mak, Allah kan Maha Mendengar..

Mak mertua mama hakim ni macam superwoman tau..! Memang superwoman kut.. Dia bangun seawal 3.30 – 4.00 pagi, solat dan mengaji sementara tunggu Subuh. Kalau dulu,  dia dan ayah akan ke masjid untuk berjemaah. Lepas subuh, mak mertua terus bersilat di dapur, membasuh kain dan buat breakfast. Biasa nyer kul 7.30 pagi kami tiga beranak dah disuruh bersarapan..hihi. Kecuali kalau takde ape-ape di dapur, mak akan ajak Incik Joni ke pasar tani dan beli sarapan. Lepas tu terus sambung duk dapur, prepare ikan, ayam, udang untuk masak tengahari pulak. Dalam kul 11.30 dah siap, dia ke kedai pulak beli bahan untuk minum petang..huu. Kadang-kadang ler, kadang-kadang dah ade stok mak sambung buat benda lain pulak. Memang jarang sangat tengok mak ni tido siang, at least rehat sekejap lelapkan mata. Jarang sesangat..!

Lepas zuhur, makan tengahari, mak duduk jap sambil lipat kain ke, pastu dia duk dapur lagi buat minum petang. Biase nyer ada la goreng pisang, paling simple pun mesti ade cekodok bilis. Pastu layan ngan kopi O..! Huhh! Marbeles kan.. Memang heaven duk kampong, sesuai untuk menaikkan berat badan tau..hihi. Dahla masakan mak-mak ni memang gerenti jilat jari, jadi setiap kali balik kampong mesti mama hakim makan tak hengat dunia punyer..!! Oh Ibu Mertuaku..! Nak bagi award “Best MIL in the World” lah J

 

p/s: Dalam hati muhasabah diri, bole ke jadi mak dan mertua yang terbaik camtu?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

6 komen:

izan mama mia said...

bertuah sungguh laa..saya mak sendiri n mertua dh xder..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

rajin MIL yer..Insyaallah awak pun boleh jd mcm tu hehe

mamavogue said...

izan,
bersyukur sangatt..!

mamavogue said...

Wanieys,
Insya Allah, sama2 lah kita ye :)

4feet8 said...

mak-mak selalula mcmtu..kita pulak risau tgk dia tak berhenti-henti..tapi dia seronok sbb gembira anak-anak depan mata..

mamavogue said...

4feet8,
betul tu setuju sangat..!
kdg2 bila ditegur mak mertua mesti jwb 'alah.. bila korg dah balik mak rehat lah..'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger