Pembaca Blog Setia

Monday, 15 October 2012

MASA UNTUK BERSOSIAL..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Sejak Hakim dah berumur dua tahun lebih ni, mama hakim ngan Incik joni semacam ada rutin baru pulak J Dah name nyer budak tengah membesar, aktif pulak tu jadi haruslah Hakim diberi ruang waktu untuk bersosial dan bercampur dengan rakan-rakan sebaya. Walaupun kadang-kadang tak berkesempatan nak pegi selalu, tapi sekurang-kurang nyer seminggu sekali mesti bawak Hakim gi taman permainan.
 

Selain untuk berseronok, Hakim pun bole belajar berkongsi dan bekerjasama. Dah kat umah tu dia sensorang je kan, walaupun mama hakim atau Incik Joni main bersama tapi tetap lain kesan nyer bila Hakim bermain ngan rakan sebaya.
 
 
 
 

Mula-mula tu dah tentu gelongsor tu milik Hakim sorang..! Bila ada budak-budak lebih kurang saiz-saiz dia nak main, Hakim siap bole tinggi-tinggi suara marah pulak..! Tapi lama-lama dia macam seronok bila rebut-rebut sapa nak gelongsor dulu. Dari marah-marah dah pandai nak ketawa-ketawa..! Lepas tu seronok tengok dia berlari berkejaran kat taman. Siap buat gaya kapal terbang tau..!
 

Insya Allah satu ari nanti Hakim akan belajar menerima orang lain dalam kehidupan dia. Mama hakim nak dia tau yang dia bukan saja ada mama, babah, nenek dan atuk, sepupu-sepupu yang ramai tapi jarang jumpa, mama hakim nak dia tau yang dia bole berhubung dan berkawan dengan orang-orang disekeliling dia.
 

Lepas puas bermain, inilah upah nyer..! Pakcik ‘Mat Kool’ tu memang sengaja duduk kat tepi taman tu tau.. Mama hakim tau ramai mama-mama, ibu-ibu yang tak setuju ngan cara mama hakim yang satu ni tapi Hakim bukan sekadar makan aiskrim tu separuh je pastu dia minum air mineral dalam botol 500ml tu pun separuh.

 
 
 

Batuk? Ye..Itulah akibat nyer.. Insya Allah, mama hakim sangat memantau kesihatan Hakim. Rasa nyer kalau tak disebabkan aiskrim pun budak-budak bole kena batuk kan..?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

teratak hati said...

Seronoknya hakim main kt taman..ok la dia suka jgk minum air masak..

mamavogue said...

teratak hati,
budak-budak bila di biar main kat taman mmg happy sesangat lah..! hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger