Pembaca Blog Setia

Wednesday, 7 November 2012

UMPAMA SPAN YANG MENYERAP..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Kesinambungan dari Ahli Muzik yang tengah main piano tu.. Nape mama hakim pensan? Iyelah kalau setakat Hakim minat nak main piano tu mama hakim boleh pertimbangkan lagi tapi tidaklah sampai menjadi professional. Mama hakim tak mau lah Hakim menjadikan muzik sebagai sumber rezeki dia di masa depan nanti. Bukan membenci atau diskriminasi tapi banyak lagi cara lain untuk cari rezeki yang halal di bumi Allah ni kan J

 
Pernah di suatu petang yang syahdu (sebab ujan renyai-renyai), Hakim duk tekun main ipad tetiba terdengar lagu Oppa Gangnam Style kat tibi. Hakim terus bangun dan menari aksi gangnam tu..! Siap ikut nyanyi part ‘Hey..Sexy lady’..! Tercekik mama hakim tengok nyer..! Mane belajar ni?? Oh! Terlupa lak kat umah pengasuh tiap kali anta dan ambik Hakim balik mama hakim perasan siaran kat tibi tu hanya cerita yang berbunyi ‘anyeonghaseyo’ dan ‘araso’ je.. Jadi mungkin dari situ lah agak nyer Hakim menyerap segala aksi gangnam tersebut..hhmm..

 
Ada lagi satu peristiwa, masa ni dalam keta bawak Hakim jalan-jalan meronda. Kat radio berkumandang lagu ‘Kosong’ Najwa Latif, yang Hakim dengan hebat nyer humming ikut rentak lagu tu. Bila part ‘kosong..kosong..’ nampak Hakim menggosok-gosok tangan dan badan buat macam tengah mandi gosok sabun kat badan. Memula pelik gak, tapi bila dengar dia nyanyi sekali baru tau yang dia dengar Najwa nyanyi ‘gosok’ instead of ‘kosong’..!! Hehehehe.. Begitu sekali pemahaman seorang budak berusia dua tahun ni..!

 
Jadi kesimpulan kepada bebelan mama hakim ni, budak berusia dua tahun ni sangatlah mudah menyerap segala benda macam span, tanpa dapat menapis baik buruk sesuatu perkara. Dan bila kita sebagai mama tak dapat memastikan apa yang ‘diserap’ oleh anak setiap hari, tak dapat tolong anak membezakan baik buruk, perasaan kecewa pasti ‘menyerap’ pulak di hati.


 
“Azizul Hakim, mama tau awak sedang membesar dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Mama minta maaf sebab tak dapat ‘belajar’ bersama-sama awak ketika ini. Hanya doa mama yang akan sentiasa bersama awak walau di mana pun awak berada”

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 komen:

IntaNBerliaN said...

a'aaa ank2 mmg murah menyerap @ cpt blajar...

mummyrinazone beauty said...

aahlah..kat ipad tuh mcm si merah2lah..rasanya kena download banyak2 sikit benda2 yang ke arah yang dia boleh bina minda diakan..sama2lah kita doa doakan..huhu..

budak2 zaman laa nie mmg canggih

IntaNBerliaN said...

saya singgah :-)

wahida said...

budak2 mmg cepat belajar...kalau belajar benda buruk lagi dia cepat menagkap...adoi la...

Unknown said...

Mama Hakim... Kita kena mintak maaf dengan anak2 kita tiap hari kan instead dgn suami...tiap2 malam sebelum tdo kena mintak maaf sebab kita tak dpt nak bersama-sama dgn anak2 kita tiap saat & waktu sepjg pembesaran dia... lagi2 bila time bekerja...doa & doa sahaja... Skrg ni saya kena pantau perlakuan Iman yg suka meniru aksi dlm TV..sebab TV dah macam kwn paling rapat dgn dia skrg ni... hukhukhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger