Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Dilema anak-anak
susah makan dan mudah jatuh sakit ni memang selalu menghantui ibu ibu berkerja
kan.. Dulu zaman mama hakim bekerja di pejabat pun macam tu jugaklah. Dalam
sebulan sekali tu mesti ada je selsema dan batuk. Yang paling membimbangkan
bila selera makan si anak pun turut merudum. Apa lagi, makin kurus keding la
dia..
Sebenarnya bila anak
susah makan, kita boleh cuba pelbagai resepi ringkas dan mudah yang di ubah
sikit mengikut selera anak. Atau sediakan hidangan yang penuh dengan warna
untuk buat si anak tertarik mencuba.
Anak mudah jatuh
sakit tu memang tak boleh kita nak elakkan bila duduk di taska. Ye la kan..
macam mana kita nak kawal pergaulan anak dengan kawan-kawan dia. Budak-budak ni
bila dah berjumpa memang seronok bermain sama-sama. Bila ada yang bersin atau
batuk, memang la mudah nak berjangkit.
Jadi cara yang
terbaik, kita yang kena pastikan badan si anak cukup dengan nutrisi yang
diperlukan supaya sistem imun badan juga meningkat dan susah untuk dijangkiti
penyakit. Mama hakim nak kongsikan
pengalaman dua orang ibu yang satu masa dulu pun pernah merasa risau sebab anak
susah makan dan mudah jatuh sakit ni. Jemput tengok ye.
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Bila badan anak sihat, cergas dan cerdas ibu ibu pun boleh bekerja dengan baik dan lebih efisyen.
Sampai jumpa
lagi..wassalam.
4 komen:
syukur anak CN jenis yang suka makan ;)
Anak saya kalau die tgh takde selera pon, standard selera budak2 lain, kalau dia tgh ada selera, memanjang nak bersuap, tapi tak gemuk sebab sangat aktif+tak reti nak tido macam bapak dia.
betul tu, yang penting nutrisi anak kena cukup
Tuhla kalau letak anak kat taska memang risau kalau asik xsihat dan asik berjangkit dgn org..huhu
Done follow. Jmput la follow blog zarith yg baru ni, hehe
Post a Comment