Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami
haid yang ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa
miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah
mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang
membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain.
Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah
termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B.
Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan
dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini.
Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah
dan supplement yang diberi oleh doktor.
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan
sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan
hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan
untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung
tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah
ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa
kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu
gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti
pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala
langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong
oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan
risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa
seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa
dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda
mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang
pencegahannya.
Sebab ke 4: Terlebih
caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas,
tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya.
Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak,
ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak
mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa
ubat yang mengandungi caffeine.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang
yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin
salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan
punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari
suapan harian anda.
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan
ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang
anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak
sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara
tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap
terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang
berdengkur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan
menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan
laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh
meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang
selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan
doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia
keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan
jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
Haa.. ade tak yang terkena? Kurang darah tu mungkin sebab selalu nyer keletihan berlebihan ni jadi time period. Tiroid tu tak pasti lah..! UTI? Nak kena buat pemeriksaan la kut. Kafein? Oh tidak, mama hakim memang bestfriend dengan kopi dan nescafe..! Alahan makanan pun pasni kena lebih alert supaya mama hakim boleh tahu makanan ape yang buat mama hakim keletihan. Nombor 6 dan 7 tu insya Allah takde la kut. Terjaga sebab tiba-tiba sakit kepala tu ade lah beberapa kali tapi lemah jantung tu, mama hakim pun tak bape pasti lah.. Nampak nyer kena buat pemeriksaan pada diri sendiri dari ujung rambut ke ujung kaki ni. Kita kena lah selalu sehat supaya boleh jaga keluarga kan..! Bak kata Dato' Michelle Yeoh, "Asian women are the backbone of the family"..
Sampai jumpa lagi..wassalam.
2 komen:
assalam MV..acik pun nagntuk sangat ni..rasa dah nak terlepa dah ..akhirnya acik buka blog he he
tq share this & selamat hari raya aidiladha juga ye
Post a Comment