Pembaca Blog Setia

Tuesday 9 October 2012

TERKENANG PADA SI DIA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ohhoiii.. Rindu nyer nak membebel kat sini..! Sibuk sangat tu takdelah tapi my long-leave-lady boss (ade ke istilah camtu?) dah mula bekerja dah setelah berehat sejak bulan Februari atas sebab-sebab kesihatan..!

 

Banyak nyer yang nak dibebelkan sampai tak tau mane nak mula.. Puas otak menapis satu persatu cerita yang tersimpan. Tapi hari ni walaupun mata dah takleh beza ngan mata panda, ada tersimpan perasaan teruja sebab dapat email ni J Agak-agak sampai ari ni ke esok? Yang penting dia sampai sementara Incik Joni ada kat umah ni, jadi ade yang akan menyambut nyer kan..hihi. Hari khamis Incik Joni dah ke Pulau Pinang pulak..!
 

 

Semalam Incik Joni ke Kepulauan Borneo, tinggallah mama hakim dua beranak kat umah. Lepas amik Hakim dari umah pengasuh petang semalam, memang dah perasan hidung Hakim berair. Biasalah budak-budak kalau dah bermain bersama mestila berjangkit, kan.. Terus bagi Hakim Scots Emulsion..! Tapi petang tu jugak Hakim minum air Milo kotak yang sejuk..huhu. Salah sendiri, dah tau nampak hakim macam tu bole lagi bagi dia minum air sejuk..! Malam nyer Hakim dah start batuk-batuk. Dia dah tunjuk gaya tak sehat, tak bape aktif..

 

Sebelum tido dah sapu minyak angin tapi pagi tu pukul 3 lebih, Hakim dah terjaga sebab hidung tersumbat. Sian dia..! Mama hakim sapu lagi minyak kat dada dia. Hakim mintak susu, tapi lepas minum dia batuk-batuk dan termuntah. Alahai anak mama, kesian sangat tengok Hakim macamtu. Lepas bersihkan dia, bagi ubat batuk Hurix, lagi sekali sapu minyak dan tidurkan dia. Alhamdulillah, Hakim tak demam.

 

Pagi ni Hakim bangun masih lagi batuk-batuk dan dan selsema teruk. Mama hakim suap dia Scots Emulsion sebelum anta ke umah pengasuh. Ntah ape la yang Hakim buat sekarang. Jangan dia meragam sudah lah. Budak-budak kan, kalau rasa tak selesa bukan tau nak bagitau.. Kita yang dewasa ni pun kalau batuk dan selsema mesti dah merungut..huhu.

 
Tetiba tak sabar nak tunggu pukul 5..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

4 komen:

wahida said...

cepatlah hakim sembuh hendaknya yer...

Cikgu Ma said...

ha..tinggal berdua dgn hakim jerr? jaga diri ^_^

Unknown said...

Wahida,
Thanx for the doa :-)

Unknown said...

CM,
Baikk che'gu..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger