Selamat hari Isnin semua..! Saja buat gempak nampak bersemangat
untuk bekerja di hari Isnin ni J Sebab mama hakim sangat enjoy pada sabtu dan ahad lepas.. Mama
hakim dapat menyebokkan diri kat Program Raudhah di Hatiku TV9, pastu dapat
jumpa dengan seorang yang sangat tak disangka-sangka, pastu balik
kampong..hihi!
Oh..! Mama hakim tak dapat jumpa dengan gorgeous lady, Maria
Elena tu, tak sempat.. tapi mama hakim dapat jumpa dengan gorgeous mommy ni J Tapi sorry ye gamba kat
Incik Joni pulak. Lupa nak bluetooth dari henpon dia..huu. Insya Allah esok
mama hakim bagitau sapa gorgeous mommy tu J Sayang nyer tak dapat mintak nombor henpon atau apa-apa cara
untuk contact dia. Rugi sangat rasa nyer.
Hakim? Tersangatlah teruja bila di bawa berjalan pagi-pagi lagi,
berlari macam tak cukup tanah! Memang sangat memenatkan membawa seorang budak
berumur 2 tahun ke tempat yang terbuka macam tu. Nak makan pun terpaksa
bergilir dan cepat-cepat takyah kunyah 40 kali terus telan je janji bole
kenyang..! Kami tak lama pun kat program tu, tak sampai pukul 10 pun. Nasi
Lemak Kopi O pun tak abis lagi rakaman nyer.
Tapi dalam kul 9.30 camtu, kembar botak yang glamer dan sangat
berpengaruh Upin & Ipin pun menjelmakan diri. Dari jauh Hakim punye la
teruja sambil jerit-jerit ‘Pin..! Pinn..!’ tapi bila dah semakin hampir, lain
pulak yang keluar dari mulut dia.. ‘iishh, nanak..! nanak..! ee..isshh..!’
sambil cuba melepaskan diri dari pelukan babah! Hahahaha… Incik Joni ngan mama
hakim terbahak-bahak tengok gelagat Hakim..! Meh kongsi gamba yang sempat mama
hakim rakam J
Muka tak bole belah budak yang terkedu tengok Ipin yang sangat
besa..!
Nak dekat kul 10, kami berundur diri nak gerak balik ke kampong Incik
Joni pulak. Jalan agak jem, banyak keta especially kat Seremban. Masa balik USJ
malam tadi pun sangatlah banyak keta menuju ke KL. Oh ada benda nak kongsi pasal balik kampong kali ni..hhmm..!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
2 komen:
Yay!!!hakim jumpa upin ipin!:-)
YM,
tapi dia sangatlah takut pulak..hehehe!
Post a Comment