Ahha.. Hakim dah mula nak menulis lah..! Sejak Hakim menunjukkan
kreativiti dulu, mama hakim duk memikir macamane nak mengelakkan dia menulis di
tempat-tempat tak sepatut nyer. Jadi pada
suatu hari yang aman damai (drama lebihh), mama hakim ajak Incik Joni ke kedai
alat tulis J Pelik gak Incik Joni, di tanye nak beli ape tapi mama hakim
malas nak explain..hahahaha!
So ini penyelesaian yang pertama, walaupun tak berapa efektif
sebab Hakim menulis melangkaui sempadan..huu. Mama hakim beli kertas mahjong
banyak-banyak (5 keping je!) pastu lekat dekat dinding sekeping dulu. Bila dah
penuh dengan hasil tulisan, mama hakim tampal lagi satu J
Haa.. Kretip tak mama..hihihi! Tak penah terpikir lak nak rakam gamba Hakim menulis kat sini, kalau tak, bole juga dijadikan bahan bukti..
Setelah itu mama hakim beli pulak kertas itam ni @ sugar paper.
Ni nak buat tampal-tampal. Mama hakim beli sticker ABC pastu bagi Hakim main
tampal-tampal, cara nyer sama, lekat dulu kertas itam tu di dinding.
Seronok betul jari-jari kontot tu menampal. Mama hakim suruh dia
ikut susunan seperti yang asal kat sticker.
Hasil akhir, bole la kan walaupun senget benget.
Penyelesaian yang ketiga, Incik Joni download apps Mufradat
(Arabic Vocabulary) kat ipad untuk Hakim. Ha.. Yang ni untuk tulisan jawi
pulak. Beriya la Hakim mengadap nyer. Mula-mula diconteng-conteng je tapi
setelah beberapa kali ajar baru dia dapat ikut titik-titik sambung membentuk
huruf.
Hasil sambungan titik-titik sambil tangan mama tolong pegang
jari kontot J Sambil menulis, sambil belajar bahasa Arab, bagus kan..!
Alhamdulillah, sekurang-kurang nyer Hakim ada tempat yang betul
untuk dia salurkan kreativiti dia tu kan..! Mama hakim berharap sangat apa yang
dibuat ni membantu Hakim belajar tentang sesuatu perkara dengan betul.
Budak-budak ni dia serap je apa yang dia nampak dan kita ajar, tak tahu nak beza
baik dan buruk lagi. Jadi, inilah penyelesaian yang mama hakim nampak setakat
ni. Hakim pun enjoy je bila dapat belajar benda-benda baru J
Sampai jumpa lagi..wassalam.
5 komen:
wahh kekreatifan yg boleh di ambil idea nih...sara pun dah start conteng dinding nih...
wah...makin bijak la HAkim ^_^
SumeSakan,
Sila mulakan sebelum dinding menjadi mangsa :)
CM,
Semakin bijak dan banyak kerenah..hihi
wah bagusnya... hakim budak bijak!! :-)
Post a Comment